Jumaat, 27 Mac 2009

Earth Hour Jom..jom..jom..jom padam lampu!

Bersempena dengan 'earth hour' pada 28-3-2009, sama-samalah kita menyahut seruan untuk memadamkan lampu selama satu jam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Buktikan yang kita pun mampu bersatu dan ambil kisah mengenai pemasanan global yang sedang berlaku pada bumi seperti mana negara-negara lain. Bukannye lama sangat pun cuma satu jam. Satu jam ini amat bermakna kepada bumi kita. Bayangkan kalau setiap rumah di Malaysia nie tutup lampu malam esok. Berapa banyak tenaga dapat kita jimatkan. Bayangkan pulak satu dunia. Proses nie akan bermula di Fiji dan merentasi ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berilah peluang pada bumi kita untuk 'bernafas' biarpun hanya satu jam. Satu jam itu amat bermakna bukan saja buat bumi malah buat manusia yang menghuninya. Fikir-fikirkanlah. Jadi jangan lupa untuk kita semua rakyat Malaysia memadamkan lampu pada malam esok dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Besamalah kita lihat nanti macam mana satu dunia akan bergelap mengikut masa negara masing-masing. Pastinya menarikkan. Ingat, walaupun kita hanya seorang, namun kita mampu mengubahnya. Terima kasih.

Ahad, 15 Mac 2009

Baju Kaler Oren

Ha... kali ni lace yang saya terima kaler oren terang. Menurut Kak Nurul Zai (tuan punya baju) pelanggan dia nak kaler oren yang lebih pekat so, saya suggestkan buat liningnya kaler oren pekat. Tetap nampak cantik. Sepadan sikit tak de le semuanya oren sangat. Nanti pengantin yang pakainya, macam buah oren pulak. Dia beli banyak kainlacenya. Nak buat baju ala-ala jubah tapi zip kat belakangnya. Warna kain satinnya pucat jugak dibelinya. Akhirnya nasib baik dia beli kain shifon yang pekat kaler orennya. 6 meter pulak tu. Senang sikit nak potong, tak yah nak pening kepala dok pikir camna nak jimatkan kain.

Seperti biasa saya akan siapkan bahagian tangannya dulu supaya mudah proses memanik dilaksanakan. Manik kali ni saya banyak gunakan warna yang senada dengan warna kain cuma tambah manik silver dan labuci silver. Sebab base lacenya pun ada silver. Jadi padan jugak le. Saya cuma gunakan shifon untuk lining bahagian tangan nie.

Untuk bahagian baju dan kainnya saya gunakan kain satin sebagai fundation je. Atasnya saya liningkan dengan kain shifon. Ini bermakna keseluruhan baju ni ada dua lapis. Renyah jugak kerjanya. Kena buat kerja dua kali. Nasib baik jugak baju nie tak pakai korset. Maklumlah baju jubah, baju muslimah takkan le nak seksi pulak kan. Lepas bahagian depan baju siap alaskan kain lace di bahagian atas baju sebelum di jahit dartnya. Dah selesai baru saya tampalkan biku-biku lace pada bawah depan baju dan bahagian tengkuknya. Saya lebih senang jahit tangan biku nie sebab lebih kemas. Walaupun lambat tapi hasilnya kemas dan cantik. Mula-mula saya memang nak biarkan je baju tu macam sebelah kiri nie, tapi pikir-pikir kalu letak butang lagi menarik jadinya. Tak le kosong sangat nampaknya. Cantik sikit tak gitu.

Dah selesai baju depan di cantumkan dengan bahagian belakang, cantumkan jugak bahagian tangan ke badan. Habis tu proses buat kainnya pulak. Kainnya bertingkat dua. Jadi mula-mula potong base kain dari satin sekali dengan shifonnya. Cantumkan. Potong bahagian kaki lace untuk ditampalkan ke bahagian hadapan kain tadi. Potong bahagian lace nie dengan cermat. Potong secukupnya bagi cukup untuk buat dua tingkat kain nanti. Tampalkan bahagian kaki lace tadi ke bahagian kain. Jelujur dulu sebelum menjahit. Seperti biasa saya akan jahit tangan lace nie. Memang lambat dan sikit, seksa tapi hasilnya berbaloi. Lepas proses tampalan selesai jahit manik ke seluruh bahagian lace tadi cuma tinggalkan jahitan basinya je sebelum di cantumkan bahagian depan dan belakang kain. Ini hasilnya.

Dah selesai semua proses. Saya sudahkan dengan jahitan manik pada keseluruhan jubah. Hasilnya seperti di sebelah nie. Harap Kak Nurul Zai berpuas hati, insyaallah.





Isnin, 9 Mac 2009

Baju Meroon Dah Siap

Agak lama jugak saya tak up date blog nie. Sebabnya busy sikit dengan tempahan. Baju meroon tu dah siap akhirnya. Macam mana cantik ke? Ala... kebaya biasa je. Saya harap Kak Nurul Zai (tuan punya baju) akan berpuas hati dengan hasilnya. Saya tunjukkan serba sikit proses membuat bajunya yek.

Seperti biasa pola di lakar terlebih dulu. Saya guna semula kertas surat khabar je..jimat sikit. Saya dah ada block pattern (pola asas), jadi mudah sikit kerja melakar. Cuma perlu ubah-suai untuk mengikut rekaan baju je. Lepas selesai pola tu dilakar, pinkan kefabrik. Potong mengikut pola. Ada sesetengah orang , jahitan basi tidak dimasukkan kedalam pola. Ini saya tak faham. Tak praktikal. Gambar di kiri kanan ni bahagian tangan baju. Saya guna rotary cutter untuk memotong sebab lebih mudah dan tepat potongannya.


Ini pulak bahagian belakang badan. Prosesnya sama je dengan bahagian tangan. Cuma perlu ingat masa nak pinkan pola ke kain lace tu jangan di tarik lacenya. nanti bila dah unpin kecut pulak jadinya.

Ini manik-manik yang digunakan untuk baju meroon nie. Antaranya je. Labuci silver, manik silver, manik hitam, manik meroon, labuci meroon dan beberapa jenis manik lagi. Tapi skima warnanya silver dan meroon. Silver mampu menaikkan lagi seri warna meroon.

Lepas tu cantumkan semua bahagian dan jahit le macam biasa. Saya lebih suka jelujur semua bahagin dari pin je sebab hasilnya lebih kemas. Kain lace nie kena lebih cermat menjahitnya untuk mendapatkan kemasan yang sempurna. Jangan pakai main jahit je.

Nie hasilnya yang dah siap. Kain panel tiga kembang duyung di belakang. Kain tiga tingkat di hadapan.Kebaya labuh.