Isnin, 9 Mac 2009

Baju Meroon Dah Siap

Agak lama jugak saya tak up date blog nie. Sebabnya busy sikit dengan tempahan. Baju meroon tu dah siap akhirnya. Macam mana cantik ke? Ala... kebaya biasa je. Saya harap Kak Nurul Zai (tuan punya baju) akan berpuas hati dengan hasilnya. Saya tunjukkan serba sikit proses membuat bajunya yek.

Seperti biasa pola di lakar terlebih dulu. Saya guna semula kertas surat khabar je..jimat sikit. Saya dah ada block pattern (pola asas), jadi mudah sikit kerja melakar. Cuma perlu ubah-suai untuk mengikut rekaan baju je. Lepas selesai pola tu dilakar, pinkan kefabrik. Potong mengikut pola. Ada sesetengah orang , jahitan basi tidak dimasukkan kedalam pola. Ini saya tak faham. Tak praktikal. Gambar di kiri kanan ni bahagian tangan baju. Saya guna rotary cutter untuk memotong sebab lebih mudah dan tepat potongannya.


Ini pulak bahagian belakang badan. Prosesnya sama je dengan bahagian tangan. Cuma perlu ingat masa nak pinkan pola ke kain lace tu jangan di tarik lacenya. nanti bila dah unpin kecut pulak jadinya.

Ini manik-manik yang digunakan untuk baju meroon nie. Antaranya je. Labuci silver, manik silver, manik hitam, manik meroon, labuci meroon dan beberapa jenis manik lagi. Tapi skima warnanya silver dan meroon. Silver mampu menaikkan lagi seri warna meroon.

Lepas tu cantumkan semua bahagian dan jahit le macam biasa. Saya lebih suka jelujur semua bahagin dari pin je sebab hasilnya lebih kemas. Kain lace nie kena lebih cermat menjahitnya untuk mendapatkan kemasan yang sempurna. Jangan pakai main jahit je.

Nie hasilnya yang dah siap. Kain panel tiga kembang duyung di belakang. Kain tiga tingkat di hadapan.Kebaya labuh.
















0 ulasan: