Jumaat, 27 Mac 2009

Earth Hour Jom..jom..jom..jom padam lampu!

Bersempena dengan 'earth hour' pada 28-3-2009, sama-samalah kita menyahut seruan untuk memadamkan lampu selama satu jam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Buktikan yang kita pun mampu bersatu dan ambil kisah mengenai pemasanan global yang sedang berlaku pada bumi seperti mana negara-negara lain. Bukannye lama sangat pun cuma satu jam. Satu jam ini amat bermakna kepada bumi kita. Bayangkan kalau setiap rumah di Malaysia nie tutup lampu malam esok. Berapa banyak tenaga dapat kita jimatkan. Bayangkan pulak satu dunia. Proses nie akan bermula di Fiji dan merentasi ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berilah peluang pada bumi kita untuk 'bernafas' biarpun hanya satu jam. Satu jam itu amat bermakna bukan saja buat bumi malah buat manusia yang menghuninya. Fikir-fikirkanlah. Jadi jangan lupa untuk kita semua rakyat Malaysia memadamkan lampu pada malam esok dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Besamalah kita lihat nanti macam mana satu dunia akan bergelap mengikut masa negara masing-masing. Pastinya menarikkan. Ingat, walaupun kita hanya seorang, namun kita mampu mengubahnya. Terima kasih.

0 ulasan: