Khamis, 23 April 2009

Kembali lagi...

Assalammualaikum,

Rasanya dah lama jugak saya tak berblog nie. Lepas permergian ayahanda saya lebih kurang tiga minggu lalu, tak bersemangat pulak rasanya. Tapi sekarang nie, okay dah. Hidup mesti diteruskan macam tu jugak kerja. Sini saya ada poskan projek baru saya. Tak jugak baru lebih kurang seminggu lebih dah siapnya.

Baju kurung dihantar pada saya dah siap. Pelanggan tu mintak saya sulam tampalkan biku-biku yang ada pada kainnya kat hujung tangan baju dan badan baju. Baru padan dengan kainnya, katanye le. Saya buat je. Maniknya dia mintak lebih sikit sebab baju nie kosong je. Jahit manik kat hujung tangan, tengkuk dan bawah baju. Sebenarnya tak ada idea nak wat maklumlah semangat tu belum mai lagi..jahit manik tabur je lah. Nampak mudah nak jahit manik tabur nie, tapi nak siapkannya makan masa, mana taknye maniknya sebijik-sebijik. Dah siap nampak cantik jugak, mungkin sebab bajunya kain polos. Saya jahit maniknya campur dengan labuci warna senada dengan maniknya. Warna maniknya saya gunakan warna biru firus dan emas sama dengan warna biku-biku yang diberi pada saya. So, ikut je lah.



Nie projek yang masih dalam proses. Apa lagi baju pengantin le. Warna hijau. Si pengantin nakkan warna hijau lumut, payah nak cari warna tu. Alamatnya lacenya warna hijau terang, cuma satin dan chifonnya je warna hijau lumut. Itu pun merata si tuan punya baju nie cari. Kesian die. Pengantin nie pun kekadang tu banyak cekadak nak warna yang bukan-bukan. Tapi apa nak buatkan dah itu bidang yang di ceburi, gitu le cabarannya.

Bajunya perempuannya dah nak siap cuma nak cantumkan bahagian tangannya je. Separti biasa saya lebih suka jahit manik kat tangan dulu sebelum mencantumkannya ke bahagian badan. Warna manik saya pilih warna pink dan hijau. Saya cadangkan warna pink je kat akak tu tapi bila dia bincang dengan pelanggan tu dia cuma nak sikit je pinknya. Suka hati le. Saya dah bagi pendapat tak nak ikut tak pe lah. Pemilik butik pengantin nie pun satu hal, kadang-kadang terlalu mengikut sangat cakap si bakal pengantin. Bukannya dia sorang je yang nak pakai baju tu. Kalau dia beli baju tu terus tak pe jugak nie tak. Nanti orang lain tengok baju tu tak bekenan... betul tak?

Apa-apa pun siap nanti saya postkan hasilnya okey. Nantikan.

0 ulasan: