Khamis, 14 Mei 2009

Terima Kasih Mat Gebu

Hari selasa yang lalu pos man datang ke rumah untuk menghantar surat le apa lagi, seperti biasa lebih kurang pukul 2.00 petang. Belek punya belek ada satu kad untuk menuntut bungkusan kat pejabat pos. Apa lagi teruja sangat le rasanya sebab dah tahu seorang blogger dari Johor ada mengirimkan barang untuk saya. Saya pun cepat bersiap-siap untuk ke pejabat pos Batu Gajah. Sampai je ke pejabat pos tu saya pun terus menyerahkan kad tadi kat kaunter bungkusan. Akak kat kaunter tu pun terus mencari bungkusan tu dan terus menyerahkan pada saya. Sebaik je dia letak bungkusan tu kat kaunter, berbunyi bungkusan tu. Akak tu pun tanya saya, "kaca ke dik?. Habislah".. katanya. Saya pun mengangguk je lah.

Balik je kat rumah kami sekeluarga sama-sama membuka bungkusan tu. Wah..teruja sangat rasanya. Bukak je ada 3 bungkusan yang di balut dengan akhbar. Bukak je balutan tu ...ala sedihnya. Dah pecah le pulak. Dah menemui ajal rupanya beberapa keping piring nie. Sedihnya.. Piring nie saya gunakan untuk menyulam manik. Puas jugak saya cari piring nie kat area sini tapi tak jumpa. Piring nie ada 3 ruang, sesuai untuk menempatkan manik. Jimat ruang. Satu piring boleh memuatkan 3 warna manik. Saya dapat tahu dari Mat Gebu, harga piring nie lebih murah dari yang pernah saya beli dari salah sebuah laman web. Piring ni sebenarnya untuk sos, tapi sesuai sangat digunakan untuk bubuh manik. Yang menemui ajal 2 je dan yang masih sihat 8. Saya pesan 10, apa nak watkan. Pos Malaysia punya perkhidmatan kan ke 'bagus' bangat.

Satu lagi piring sos biasa. Saya ingatkan yang biasa je ala.. yang kecik tu. Tapi Mat kirimkan yang besar. Saya pun tak tahu ada piring sos besar. Okay jugak..cuma banyak makan ruang le. Namun gitu boleh pakai lagi ekok sebab dia cetek sikit berbanding dengan piring sos 3 ruang tu. Piring nie tinggal 6 je, 4 pecah. Sayang je, bukan senang nak dapat barang ni. Diimport dari luar negeri. Yelah dari Johor. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Mat sebab kirimkan barang-barang nie pada saya. Dia pun cakap saya hanya perlu bayar barang yang masih elok je. Terima kasih Mat. Saya harap saya boleh pesan lagi. Tapi kali nie saya akan gunakan perkhidmatan penghantaran yang lain. Ribuan terima kasih Mat Gebu sekali lagi. Thanks.

2 ulasan:

sW33tdARLiNG berkata...

hi salam... saya rasa sepatutnya bukak kat pos office tu jugak, then mintak clain ngan depa..

tp 'mat gebu' tu letak tak sign FRAGILE kat luar bungkusan? kalo ada, cepat2 pi pos office, tanya mcmana prosedur yang sepatutnya

SewCut berkata...

Dah Mat dah letak sign Fragile kat luar bungkusan. Tapi tu lah dah nak sampai ajal piring tu. Apa nak wat kan.