Isnin, 1 Februari 2010

Ping oh Ping


Teruja jugak bila dengar Heidi mengumumkan "Ping I'm sorry you're out"! At last keluar jugak minah sorang nie. Walaupun sepatutnye si Ping nie dah keluar awal-awal lagi. Entah kenapa juri sayang sangat kat dia nie sampai kena tunggu sampai dua penyingkiran baru nak singkirkan dia. Tapi kalau dilihat dari bio, dia nie bukan calang-calang designer. Ping menghabiskan pengajian dalam bidang fesyen pada 2006 dari Istituto Marangoni, Milan Italy. Salah sebuah institusi pengajian fesyen yang terkemuka bukan aje ada kat Milan malah kat London dan Paris. Kalau di nilai dari pencapaian akedemik dan pengalaman, memang Ping seorang yang hebat. Dia mendapat internship dari Luisa Beccaria seorang designer hebat dari Itali dan BLESS dari Paris. Hebat tak!! Tapi entah apa silapnye design dia tak sehebat mana. Mungkin sebab tekanan pertandingan. Biasalah adat bertanding.




Semuanya bermula bila designer bertemu Tim di sebuah museum art di mana di pamerkan busana klasik couture dari designer tersohor dunia seperti Dior, YSL, Balenciaga dan lain-lain. Cantik, memang cantik . Walaupun ia klasik ia tetap nampak cantik menawan. Designer perlu menyiapkan satu busana berinspirasikan salah satu rekaan couture yang dipamerkan. Mereka di pecahkan kepada kumpulan 2 orang satu kumpulan. Sebelum selesai kerja menyiapkan hasil rekaan, mereka di minta pulak untuk menyiapkan second look yang berinspirasikan dari rekaan salah seorang dari designer yang bertanding. Tapi semua designer metain ayu je. Mungkin dia orang dah tahu apa yang akan berlaku. Mana taknye bukan pertama kali produksi buat kezutan cam nie kan. Dia orang dah lali dah. Second look nie, designer perlu menyiapkan satu lagi rekaan yang less look dari yang first look. Kiranya untuk orang kopak dan satbang le. Budgetnye 10% dari jumlah budget first look. Budget keseluruhan kali nie $USD500. Budget yang paling tinggi dalam sejarah Project Runway. Dashat...dashat. Nie senarai kumpulan yang telah di pilih:

Janeane & Ben -- Mila & Jonathan
Jesus & Amy -- Ping & Jesse
Emilio & Anna -- Maya & Jay
Jay & Maya -- Janeane & Ben
Mila & Jonathan -- Anthony & Seth Aaron
Anthony & Seth -- Jesus & Amy
Ping & Jesse -- Emilio & Anna
Jesus & Amy -- Ping & Jesse
Emilio & Anna -- Maya & Jay
Jay & Maya -- Janeane & Ben
Mila & Jonathan -- Anthony & Seth Aaron
Anthony & Seth -- Jesus & Amy
Ping & Jesse -- Emilio & Anna

Ini design yang saya suka. Menarik sangat. Tapi Jesus sangat bernasib baik kali nie sebab memilih Amy sebagai rakan kumpulan. Tu yang dapat menghasikkan design yang sangat cantik menarik nie. Kalau nak dinilai dari "pencapaian" Jesus 2 episod sebelum nie...hai hanchus!! Saya yakin Amy kena bekerja lebih teruk untuk memastikan design dengan mereka-mereka sekali tak terkeluar. Lebih malang lagi mereka terpaksa menyiapkan second look berinspirasikan design terhebat...design Ping!! Ini gambar first looknye. Menarik dengan perinchian di bahagian lengan. Fabrik see trough di gunakan bagi menampakkan busana nie lagi seksi.




Top 2 group pulak Jay/Maya dan Mila/Johnathan. Kedua-dua rekaan Jay/Maya sangat menarik. First look mereka mempunyai shoulder detail yang sangat menarik. Sekali pandang je pun design tu nampak menyerlah. Second look dia orang pun cantik. malah lebih cantik dari rekaan asal. nampak lebih mahal dari rekaan asal. Down sidenye Jay nampak kureng bekerja sikit, mungkin sebab dia dah ada imunity. Kalau dia tekun sikit pasti rekaan yang lebih hebat dapat di hasilkan. Mila menang kali nie dengan rekaan yang menarik. Jaketnye unik dan cantik! Nampak dari mana inspirasinye. Johnathan tak dapat ape pun cuma "you're safe". Dia claim dia buat semuanye, Mila cuma menyiapkan jaket je. Tapi dia mesti ingat jaket tu le yang memberi impak yang besar dalam rekaan mereka.

Nie pakaian yang terkeluar. Ping's design. Tentu ramai yang nak tengokkan! Bak kata Nina "I feel like this is just a bunch of fabric wrapped around a model." Kalau model tu tak pegang kain tu entah apa-apa design dia. Apa pun good luck pada Ping . Mungkin dia lebih diterima di dunia luar.

0 ulasan: