Khamis, 15 Mac 2012
Khamis, 9 Februari 2012
Kembali bersua
Sabtu, 31 Disember 2011
Selamat tinggal 2011 selamat datang 2012.
Tahun 2011 terlalu banyak peristiwa berlaku. Yang paling besar dan menyentap jiwa raga, pemergian bonda tercinta. Sampai sekarang pemergiannyer amat dirasai. Sedih teramat. Dari mula-mula dia jatuh sakit hingga pemergiannyer alhamdulillah kami adik-beradik berada menjaganyer. Peristiwa nie banyak mengajar saya dan adik-beradik erti kehidupan. Banyak yg kami pelajari dan tempuhi. Sekarang tiada apa yang dapat kami lakukan, cuma mendoakan kesejahteraan bonda di alam lain...moga roh bonda ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertakwa di sisi allah s.w.t. aminnnn.
Lembaran 2012 akan tiba. Banyak perancangan dah dibuat, harap semuanyer berjalan lancar, insyaallah. Tapi apa pun kita hanya merancang tuhan yang menentukan semuanya. Insyaallah saya bercadang nak buat kelas jahitan bagi sesiapa yang berminat. Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui email atau facebook saya ye.
Saya berharap tahun 2012, akan menjanjikan peluang yang lebih cerah untuk saya memajukan lagi biz saya..doakan le ye. Jadi SELAMAT TAHUN BARU 2012.
Ahad, 13 November 2011
Baju tunang emas..
Dia nak buat mini kurung ala-ala baju pertungangan memey. Yang high neck gitu. Tu terhasilnyer baju nie. Fitting baju nie nampak ganjil pada patung nie sebab perbezaan saiz tu le. Patung nie saiz ala-ala mat saleh dia bersaiz tomei-tomei gitu. Apa pun harap dia puas hati.
Sabtu, 5 November 2011
Selamat Hari Raya Haji
Sabtu, 29 Oktober 2011
Amigurumi Angry Bird
Hari tu gi KL ikut abang (Jari Lentik) bua kelas manik 3D. Best jugak. Dapat jumpa geng manik, termasuk Datin Elly yang tersohor tu. Very freindly person. Macam dah lama kenal. Ramah bebenor datin nie, sempoi giller! Two thumbs up! Patutnyer 4 hari jer ke KL terlajak ke 6 hari. Jalan sakan gitew. Dah lama pun tak ke KL. Penat pun ade, seronok pun ada. Masa di KL sempat jugak saya mengajar seorang student nie buat amigurumi. Dia tak de langsung basic crochet jadi, payah jugak nak buat. Sepatutnye dia belajar buat doily dulu. Tak pe lah. Saya ajar apa yg boleh. Dia nak belajar buat angry bird sebenornye. Tapi saya terangkan yang angry bird nie susah sikit nak buat terutama bagi yang beginner macam dia. At the end saya ajar ami yang simple jer.
Rabu, 12 Oktober 2011
Baju pengantin merah-putih
Si pengantin nakkan bahagian dada tu ada pleat macam tu. Rasanya dah trend sekarang nie. Tapi biasanya saya buat pada baju kurung moden. Asalnye tokey butik tu nakkan kebaya tapi saya nasihatkan yang paten nie sesuai untuk baju kurung. Jadi saya suggest buat baju tu ala-ala kebaya. Bahagian bawahnyer je terbukak macam kebaya. Dia setuju. Ahlamdulillah semuanyer berjalan dengan lancarnyer. Dia pun sangat berpuas hati.