Jumaat, 31 Julai 2009

Untuk MakTeh

Sorry bebanyak ye... dak agak lama tak tulis entri. Maklum le dah nak masuk bulan pose nie sibuk sikit le. Dah nak bersawang dah sesawang saya nie. Nak menyiapkan tempahan yang ade. Masuk bulan pose nanti tak le banyak sangat keje yang nak dibuat. Tak yak le nak rushing sangat. Banyak keje yang dah selesai. Tunggu duit mashyuk je he...he..

Entri nie khas buat Mak Teh. Hari tu Mak Teh ada mintak saya tunjukkan cammana nak pakai mesin jahit comel tu. Sory le Mak Teh sebab agak lambat buat demo nie. Harap Mak Teh puas hati dengan penerangan panjang lebar dari saya nie yek. Orang lain yang nak tahu cammana agaknya mesin nie berfungsi pun boleh dapat manafaat okey. Lain kali kalau dah beli mesin jahit comel nie dan dah terlupa gimana nak gunakannya boleh rujuk kat sini yek.

Mula-mula saya tunjukkan camna nak masukkan benang pada mesin nie. Saya gunakan bobbin je. Mesin nie boleh gunakan benang biasa yang kecik pendek yang biasa tu tak leh, panjang sangat. Carik yang pendek, kebiasanya jenama Kucing atau Kerbau. Cucuk kat tepi mesin. Dari bobbin atau skoci, masukkan benang ke lubang plastik macam yang di tunjukkan. Tarik benang tu panjang sikit.




Tarik benang ke tension, lilitkan sekali. Tension nie boleh di laras jugak mengikut jenis kain yang nak di jahit. Tu yang hebatnya mesin comel nie. Cuma pulas skrew tu je untuk ketat atau longgar.






Masukkan benang ke lubang jarum. Hati-hati sikit. Nak senang lagi gunakan threader yang disertakan. Kalau tak de beli kat kedai atau pakai je penyepit. Ala benda alah seutas dawai yang selalu orang rabun pakai untuk masukkan benang kat jarum tu.

Angkat naik kaki mesin. Tarik je ke atas. Selitkan kain yang nak dijahit.











Lepas kain yang nak di jahit tu diselitkan ke mesin tadi, mulakan jahitan dengan menekan mesin macam stapler. Mudah je. Selesai jahitan klik sekali dan tarik benang kat jarum sebelum memotongnya. Keluarkan kain dan terbalikkan. Anda akan nampak jahitan macam rantai. Tarik salah satu loop rantai ke atas. Kemudian buat satu simpulan untuk mematikan jahitan. Kalau tak buat camnie jahitan tadi akan terburai balik. Jadi pastikan langkah ini dibuat. Ramai orang tak buat langkah nie. Jahitan anda selesai. Selamat mencuba!

Rabu, 15 Julai 2009

Sulam "Tarzan"

Baju nie dihantar oleh seorang pelanggan yang memiliki butik pengantin area kediaman saya. Dah lama jugak dia hantar baju nie. Saya dah cakap tak de masa nak buat tapi dia nak jugak. Tambah lama nak menyiapkannya bila mesin sulam saya rosak. Kena baiki lagi. Dah di hantar baik pulih pun masih tak elok lagi. Naik menyampah dibuatnya. Memang impian saya nak beli mesin yang baru bila cukup budget nanti. Nak ganti kan mesin sekarang nie. Bukannya murah kurang-kurang pun RM15 ribu. Tu yang nak kumpul tu. Saya beli mesin ni pun RM7 ribu lebih pasal hutang, ala brand Singer atau lebih tepat Singer Futura. Sesiapa yang ada mesin nie tau le azabnya nak pakainya. Nanti saya akan ceritakan pasan mesin azab nie di masa depan. Sampai ke Tribunal Tuntutan Pengguna le kalau nak cerita pasal mesin azab nie. Sakit hatinya tak hilang sampai sekarang. Nanti saya cerita yek. Kali nie pasal baju nie.

Baju nie kain sutera. Mulanya saya ingatkan kain sentetik biasa tu. Boleh le dibakar hujungnya lepas disulam kan, tapi sutera ropenye. Dah satu lagi kerja lagi, kena gunting cermat-cermat. Nak sulam pada kain chifon pun satu malapetaka. Bukannya senang. Benang nak kena sama atas bawah kalau tak borok pulak hasilnya. Test punya test akhirnya nampak elok jugak. Kena test kat kain chifon lain dulu baru sulam kat kain betulnya. Kalau silap parah dik! Mana nak menggantinya. Nak lagi cantik si Futura azab nie mana boleh buat lagi elok, setakat nie je le. Okay lah tu je yang termampu. Designnya saya buat sendiri, guna perisian sulam kat komputer. Bukan brand Singer sebab yang Singer bagi tu tak berguna! Nak designnya pun makan masa. Nak sulamnya pun makan masa sebab si Futura azab tu slow sangat.

Lepas siap sulamnya baru saya potong bajunya mengikut pola baju yag telah saya sediakan sebelum nie. Dah potong, jahit macam biasa. Baru di jahit manik. Asalnya saya nak jahit manik ala-ala taman bunga kat tengkuknya, dah nak tabur pulak tuannya. Saya cakap manik tabur nie ala-ala dah ketinggalan sikit. Dia tak kisah. Hentam je lah. Dah itu permintaannya kan. Ikut je lah. Warna maniknya saya guna warna yang paling hampir dengan warna benang sulam tu, bagi nampak kilat je. Lagipun saya sulam simple je cuma manik jelujur yang si selang-selikan dengan labuci. Sulamannya mungkin nampak statik sikit le sebab pakai mesin komputer bukan sulam ayak. Terus terang saya katakan saya tak mahir dengan sulam ayak. Dulu ada jugak belajar joget mesinnya, payah sangat terkangkang-kangkang di buatnya. Sesiapa yang pernah belajar tu paham le maksud saya. Sekarang ada teknologi, pakai je lah. Sulam ayak kalau nak cantik pengalamannya kena bertahun-tahun. Macam cikgu saya dulu berpengalaman 20 tahun. Pernah berkhidmat dengan Bill Keith lagi. Hebat tak hebatnya dia. Sulamnya memang cantik macam komputer punya.

Baju sulam macam nie pun ramai yang bertanya pada saya harganya. Kalau yang macam nie saya kira RM250 termasuk manik, sulam dan upah bajunya. Kalau ada yang murah lagi tak tahu le saya. Yang mahal lagi banyak saya dengar. Kisah hari nie pun untuk tatapan Shiela dan semua orang yang bertanya saya pasal baju sulam tarzan nie. Moga berpuas hati. Buat Mak Teh nanti saya tuliskan tutorial pasal mesin jahit kecik tu ye. Sabo ye.

Rabu, 8 Julai 2009

Mesin Jahit Kecil

Sori, sebab dah lama tak update blog nie. Dah nak bersawang dah he..he.. Nie kali nie saya nak bercerita tentang satu gadget yang saya rasa ramai orang pernah lihat dan mungkin ada yang memilikinya. Mesin jahit kecik macam stapler nie. Sebenarnya dah lama jugak saya tahu pasal benda alah nie, cuma tak berkesempatan nak tengok yang realnye. Kebetulan sekarang nie ada x-po kat rumah saya, ada yang jual pulak benda alah nie, apa lagi saya pun ambil kesempatan le pegi jenguk kat gerai sorang pakcik tu. Sebelum banyak jugak research yang saya buat pasal benda alah nie. Rata-rata reviewnya tak memberangsangkan. Mula -mula tu takut jugak nak belinya. Ramai kata menyesal le, tak guna le, tak berfungsi le, macam-macam lagi. Hairan jugak. Orang yang beli benda nie harapkan apa ye? Dah le murah, body plastiknya pulak macam plastik mainan bebudak kat pasar malam tu. Kalau tengok sekali imbas memang macam stapler. Tapi bila dah puas hari membeleknya, saya pun puas hati dan terus membelinya.

Fungsinya untuk merepair. Jarum yang digunakan, jarum mesin jahit tepi industri. Jarumnya pendek dari jarum mesin jahit biasa. Dalam satu kotak tu disertakan satu spool benang biasa satu jarum dan satu needle threader. Saya beli dengan harga RM10, tapi saya ada tengok ada orang jual dengan harga RM6 je kat internet. Kalau surf kat internet tak banyak cerita tentang benda nie, cuma ada mengutuk je. Saya rasa orang beli benda nie nak jahit satu baju kut. Silap le! Jarak jahitannya sama sebab ada spring yang membantu setiap kali kita ketip, dia akan mengambung balik dengan jarak yang agak konsisten. Sebijik macam stapler le. Cuman nak kawalnya satu cabaran. Tambah kalau nak jahit lurus. Tapi saya yakin kalau selalu buat tentu boleh. kat sebelah kiri nie gambar bahagian dalam kat bawahnya.


Hasil jahitannya okay sebab tentionnya pun boleh di laras. Dia tak pakai bobin(benang bawah) macam mesin jahit biasa. Hasil jahitannya kemas diatas dan berantai di bawah. Sebijik macam mesih industri yang jahit seluar jeans tu. Jahitannya pun kuat jugak, Kalau setakat nak merepair tu sangat berbaloi. Senang di bawak ke mana je kalau pergi travel ke. Simpan satu kat pejabat pun bagus jugak. Mana le tau tiba-tiba terrabak pulak kelangkang seluar ha kan senang kalau ada benda nie. Ada yang mengadu benda nie tak berfungsi, mungkin orang tu tak nasib baik ataupun bukan pengguna yang bijak. Saya sarankan sentiasa try dulu apa pun benda yang kita nak beli. Jangan try yang hak demo tu. Try barang yang kita nak beli tu. Jangan le lepas try kita nak yang baru. Yang baru tu pulak kita tak try pun. Yang baru tak semestinya akan berfungsi elokkan? Ramai saya tengok orang nak beli barang try ben da tu, tapi lepas dah puas hati orang kedai tu pun pegi belakang ambik yang baru terus masuk dalam plastik. Kita pun percaya sebab benda tu baru ada seal lagi. tal leh le cam tu. Bila balik, benda tu rosak cakap benda tu tak elok. Tapi salah siapa? Mesin jahit kecil nie ada versi guna bateri tapi saya tak jumpa lagi kat sini. Banyak di jual kat luar. Gambarnya macam kat sebelah nie. Brand Singer pun ada. Apa pun pada saya benda nie bagus kalau ada, terutama bagi mereka yang tak tahu nak pegang jarum untuk repair fabrik yang koyak bukannya untuk jahit satu baju lengkap. Saya katakan orang yang cipta alat nie memang otak gelige!