Ahad, 21 Jun 2009

Hari Cuti Hari Busy

Dua minggu lepas adalah minggu yang sibuk bagi saya. Maklumlah musim citi sekolah. Cuti sekolah bermakna ramailah umat adam dan hawa kat Malaysia nie melangsungkan perkahwinan. Satu minggu tu ada tiga, empat rumah melangsungkan perkahwinan. Sampai tak de masa nak up-date blog.

Tak kurang orang yang datang menempah baju untuk digayakan ketika hari perkahwinan tu. Macam kat sebelah nie antara baju yang ditempah. Kalau sekali tengok macam baju kawin kan? Tapi sebenarnya tak. Orang yang tempah baju nie tak cakap nak pakai untuk apa. Kalau musim orang kawin tu, tentunya nak melaram masa majlis tu kan? Kalau dah dekat hari Raya tu tentu untuk hari Raya nie tak. Raya lambat lagi, bulan puasa pun belum. Tapi yang pastinya bukannya untuk majlis sanding perkahwinan. Itu sebabnya tak ada manik. Kalau sarat dengan manik tu lain jadinya. Baju nie simpel je. Bajunya berpotongan 'empire cut'. Zip kat belah tepi je. Kain buat potongan duyung 3 panel. Bajunya dilining penuh dengan kain satin hitam jugak. Asal fabrik yang diberi cuma ada 2 meter satin hitam dan 2 meter lace hitam. Kalau satinnya ada 2 meter je mana cukup nak buat liningnya. nak buat kain pun dah pakai 2 meter. Habis tu baju tu tak yah lining? Nak pakai macam manakan? Orangnya bertudung litup. Mesti lining penuh, baru le sopan. Kalau tak, tak manis pulak. Terpaksalah saya belikan satinnya, apa nak wat. Tu le payah juga dia orang nie, kalau kita cas lebih sikit tarik muka. Habis tu duit minyak nak gi beli kain tu sapa nak tanggung. Teman jugak....


Ini pulak baju sikap yang saya ada mention sebelum nie. Kain shantung yang dibuat baju sikap dan di sulam manik simple. Kalau terlalu banyak sulaman maniknya karang lain jadinya. Hilang pulak keperkasaan lelaki yang memakainya. Jadi saya sulamkan design yang simple je, dengan menggunakan warna manik yang senada dengan warna fabrik. Ini baju je, seluar tak de. Kak Elly kata seluarnya dah ada. Warnanya ala-ala je. Boleh jugak masuk katanya. Hentam sajalah kak Elly, asalkan semuanya okay dan ada orang yang nak pakai.









Selamat Hari Bapa


Saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa di seluruh dunia amnya dan di seluruh Malaysia khususnya. Walaupun saya sudah kehilangan insan yang bergelar bapa beberapa bulan lalu, namun semua pengorbanannya tak kan dapan saya lupakan. Apa yang boleh saya buat sekarang cuma sedekahkan al-fatihah kepadanya. Tak de apa yang lebih baik dari itu. Bagi insan yang masih mempunyai bapa, hargailah mereka sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Ahad, 31 Mei 2009

Layout Baru

Baju Sikap tu dah siap dah. Lega rasanya. Kak Nurul Zai tu kata nak ambik hari nie. Kat sebelah nie ada dua keping jaketnye. Bukan apa malas nak letak satu-satu. Jadi le untuk tatapan semua yek. Tinggal satu pasang je lagi. Yang satu lagi nie pink karer nak disulam manik. Lambat le sikit prosesnye. Lepas nie projek baju kurung lak. Maklumlah cuti sekolah, makcik-makcik pun cuti-cuti kenduri kawin le. Nak melaram dengan baju baru bertahtakan lip-lap lagi bagus ye tak. Baru dapat besaing dengan si ratu sehari. Kalah datin seri wa cakap lu!

Dalam beberapa hari nie blog saya duk tukar itu ini. Bagi yang mengikuti blog saya ribuan kemaafan dipinta. Mesti pening kepala tengoknya kan? Bukan apa, saya nak upgrade sikit blog nie. Nak kasik make-up sikit. Baru berseri nampaknye. Saya pilih warna monokrom sebab nampak 'chic' sikit. Lagi pun tahun nie tahun sedih buat saya dan keluarga jadi ala-ala down le sikit. Harap semua enjoy dengan layout blog baru saya nie. Okay kita Enjoy!



Saya akan buat kelas sulaman manik sulung saya bulan depan. Setakat nie sambutan alhamdulillah ler. Dah ada beberapa orang yang nak menyertainya. Jadi saya menyeru pada semua warga Batu Gajah dan kawasan sewaktu dengannya menyertai kelas saya nie. Insyaallah saya akan curahkan ilmu yang saya ada kepada peserta nanti. Dalam kelas tu saya akan ajar 30 teknik sulaman yang boleh dikembangkan mengikut kreativiti peserta. Kelas nie akan di adakan di Butik Baiti's Collection, Batu Gajah, Perak dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.Yuran RM150 je. RM 50 perlu dibayar terlebih dahulu sebagai wang deposit. Ilmu nie lebih berharga dari harga yuran tu tau. Para peserta boleh menambahkan pendapatan dengan mengambil upah menyulam manik dari sedara-mara ke, kekawan ke atau pun jejiran tetanggan. Lumayan kak oii... Kalau nak gi tempah lagi mahal dari wat sendiri. Jadi marilah beramai-ramai mendaftar sekarang. Pendaftaran telah pun di buka. Satu sesi terhad untuk 10 orang je. Sebarang pertanyaan boleh call 016-650 5721, bercakap dengan kak Nor Baiti. Kat sebelah nie contoh tekniknye.

Sabtu, 23 Mei 2009

Songket

Assalammualaikum, dah agak lama jugak saya tak update blog nie. Bukan ape cuma busy sikit. Maklumlah dekat nak cuti sekolah ni, banyak kerja sikit..murah rezeki...alhamdulillah. Seperti yang saya cakap sebelum nie saya akan buat baju kebaya kota baharu dari songket ungu. Sebenarnya dah siap dah. Akak tuan empunya butik tu pun dah ambik dah. Kak Elly namanye. Dia nie baik, cukup senang nak berurusan dengan dia. Tak banyak songeh. Cakap je berapa upahnya dia pasti bayar. Kalau orang lain tu mesti mintak diskaun. Kalau sesekali tu tak pe le, kalau selalu melampau! Songket warna ni popular di kalangan bakal pengantin. Rasanya dah banyak jugak saya kerjakan songket warna ni. Ada satu lagi variasinya, warna sama cuma emasnya digantikan dengan perak. Nampak kureng sikit. Perak tu memucatkan busana pengantin yang dah siap. Macam biasa kain liningnya saya sediakan. Kalau saya, saya suka guna warna yang cerah siki dari fabrik bajunya. Menarik sikit.

Orang yang nak pakai baju nie, bersaiz XXL. Tinggi orangnya. Menurut kak Elly si bakal pengantin ni dah try baju lain tapi tak muat. Mana taknya kebiasaannya saya buat saiz M, boleh di ubah-suai ke L je. Kalau dah double tu..dah lain dah. Jadi terpaksa le dia tempah yang lain. Kebaya nie asalnya tak dibuat kolar... alah orang panggil kelepet. Mulanya rasa tak cukup songketnya, tapi saya cuba jugak menjimatkan fabriknya...akhirnya dapat buat. Lagipun kelepetnya di attach kemudian. Senang nak di buang kalau tak suka. Kalau songket bunga tabur ni tak ada lain designnya. Mesti kebaya tradisional. Ada saya cadangkan buat design yang moden sikit, ala-ala Ning Baizura tu ke. Jawapannya nak tapi takut tak de orang nak pakai. Tu le masalah orang kat sini. Takut nak pakai baju lain sikit. Kalau kat KL tu jangan di kenang, lagi lain designnya lagi dia orang suka. Kadang-kadang tu bukan-bukan designnya tapi 'jalan'. Baru le seronok nak watnya, mencabar sikit. Ini balik-balik kebaya kelepet. Tapi apa nak buat kan, duit jugak. Pasrah je lah.

Kali nie 2 warna manik yang saya gunakan. Warna ungu dan emas, ikut warna songket. Ungu tu terang sikit, baru naik bunga songket. Piring besar kat sebelah nie le yang saya beli dari Mat Gebu tempoh hari. Bagus bangat wa cakap lu. Labuci pun 2 warna, sama dengan warna maniknya. Proses memanikkan kat kepala kain tu yang paling mencabar dan mengambil masa yang agak lama. Mana taknya dah le besar, fabriknya pulak tebal, berlining pulak tu. Sauna tangan dibuatnya masa nak menyeluk ke dalam kain tu. Mencabar. Nak jahit songket nie saya gunakan teknik 'tali air'. Ikut balik benang emas tu. Ada sesetengah orang sulam manik tabur, bagi saya tak manis, nampak tak cantik. Kalau baju kurung tu okay le.


Busana perempuan seperti yang saya cakapkan buat Kebaya Kota Baharu. Tapi kelepeknya sekerat ke sampai ke pinggang je. Bahagian perut pelanggan tu nak tutup, maklumlah ada 'cik Roy' kat situ. Nanti nampak tak cantik pulak kan. Yang busana lelakinya pulak saya buatkan persalinan jeket berbutang bahagian depan. Projek akan datang, buat baju sikap lelaki, 3 pasang. Boring le pulakkan. Apa nak wat. Buat je lah.

Sabtu, 16 Mei 2009

Happy Teachers' Day

Selamat hari guru kepada semua insan-insan yang bergelar guru di seluruah Malaysia hari nie. Malaysia menyambut hari guru hari ini (16 May) kerana mengikut catatan sejarahnya tarikh ini di ambil bersempana dengan tarikh yang sama yang telah disarankan oleh Education Committee kepada Federal Legislative Council of the Malay States dalam tahun 1958. Dokumen ini secara rasminya dikenali sebagai Tun Razak Report. Tapi sejak 1994, 5 Oktober telah dipilih oleh UNESCO sebagai World Teachers' Day sebagai pengiktirafan kepada guru-guru seluruh dunia. Walau pun tarikh 16 Mei bukannya hari cuti bagi sekolah-sekolah di seluruh Malaysia namun ia tetap disambut pada tarikh ini yang kebiasaannya jatuh pada hari Sabtu atau Ahad.

Bagi semua guru yang telah besusah-payah mengajar saya sejak dari sekolah tadika lagi ribuan terima kasih di ucapkan. Terutama buat guru saya yang berada di United States Mrs. Halen J. Armstrong yang banyak membantu saya dalam bidang yang saya ceburi sekarang, thank you very much. May god bless you. Walau pun dia tak tahu bahasa Melayu tapi tak pe, dia faham le tu.

Khamis, 14 Mei 2009

Terima Kasih Mat Gebu

Hari selasa yang lalu pos man datang ke rumah untuk menghantar surat le apa lagi, seperti biasa lebih kurang pukul 2.00 petang. Belek punya belek ada satu kad untuk menuntut bungkusan kat pejabat pos. Apa lagi teruja sangat le rasanya sebab dah tahu seorang blogger dari Johor ada mengirimkan barang untuk saya. Saya pun cepat bersiap-siap untuk ke pejabat pos Batu Gajah. Sampai je ke pejabat pos tu saya pun terus menyerahkan kad tadi kat kaunter bungkusan. Akak kat kaunter tu pun terus mencari bungkusan tu dan terus menyerahkan pada saya. Sebaik je dia letak bungkusan tu kat kaunter, berbunyi bungkusan tu. Akak tu pun tanya saya, "kaca ke dik?. Habislah".. katanya. Saya pun mengangguk je lah.

Balik je kat rumah kami sekeluarga sama-sama membuka bungkusan tu. Wah..teruja sangat rasanya. Bukak je ada 3 bungkusan yang di balut dengan akhbar. Bukak je balutan tu ...ala sedihnya. Dah pecah le pulak. Dah menemui ajal rupanya beberapa keping piring nie. Sedihnya.. Piring nie saya gunakan untuk menyulam manik. Puas jugak saya cari piring nie kat area sini tapi tak jumpa. Piring nie ada 3 ruang, sesuai untuk menempatkan manik. Jimat ruang. Satu piring boleh memuatkan 3 warna manik. Saya dapat tahu dari Mat Gebu, harga piring nie lebih murah dari yang pernah saya beli dari salah sebuah laman web. Piring ni sebenarnya untuk sos, tapi sesuai sangat digunakan untuk bubuh manik. Yang menemui ajal 2 je dan yang masih sihat 8. Saya pesan 10, apa nak watkan. Pos Malaysia punya perkhidmatan kan ke 'bagus' bangat.

Satu lagi piring sos biasa. Saya ingatkan yang biasa je ala.. yang kecik tu. Tapi Mat kirimkan yang besar. Saya pun tak tahu ada piring sos besar. Okay jugak..cuma banyak makan ruang le. Namun gitu boleh pakai lagi ekok sebab dia cetek sikit berbanding dengan piring sos 3 ruang tu. Piring nie tinggal 6 je, 4 pecah. Sayang je, bukan senang nak dapat barang ni. Diimport dari luar negeri. Yelah dari Johor. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Mat sebab kirimkan barang-barang nie pada saya. Dia pun cakap saya hanya perlu bayar barang yang masih elok je. Terima kasih Mat. Saya harap saya boleh pesan lagi. Tapi kali nie saya akan gunakan perkhidmatan penghantaran yang lain. Ribuan terima kasih Mat Gebu sekali lagi. Thanks.

Isnin, 11 Mei 2009

The Fashion Show vs Project Runway















Bagi sesiapa yang tak tahu The Fashion show adalah satu reality tv ala-ala Project Runway yang mula di tayangkan di BravoTv, 7 may lalu. Format atau jalan ceritanya hampir sama dengan Project Runway iaitu 15 fashion designer dari seluruh Amerika di himpunkan untuk memenangi sejumlah wang dan peluang untuk memperluaskan pasaran pakaian di retail market di seluruh Amerika.

Bezanya dengan project Runway, wang tunai lebih banyak iaitu USD125,oo0 tapi tak dapat kereta. Saya menontonnya kat you tube semalam, walau pun gambar kureng..maklumlah you tube. Personally, terus terang saya katakan kualiti show nie ada kureng sikit. Nak katakan low budget tak jugak sebab hadiah utamanya lebih lumayan berbanding Project Runway. Tapi entahlah mungkin rasa show nie chiplak Project Runway kut. Hostnya pun kureng, Isaac Mizrahi noted fashion desinger, seorang designer yang over sikit dan four-time Grammy Award-winning performer and actress Kelly Rowland. Mula-mula saya tengok sape pulak minah nie, tengok punya tengok... oooo rupa-rupanya Destiny Child looser. Nyanyi solo dah tak menjadi nak wat ape lagi kan. Duit kena masnyuk jugak. Sauk je apa yang ada. Tapi, apa hal dia kat sini. Dia nie bukannya pakar dalam fashion design. Bukan designer pun. Kalau setakat pakai baju designer tu pandai le. Pelik...pelik.

Bagi saya ini yang mencacatkan show nie. Tak apa-apa jadinya. Pakar konon nak kritik design orang lain. Pesertanya oka lah..tapi ada yang tak tahu menjahit tu yang spoil tu, designer ape ke namanya tu. Bagi saya kalau designer tu tak tahu jahit, haprak le namanya. Design bajunya pu ala-ala je.

Nampak sangat BravoTv tergesa-gesa nak satu show untuk memggantikan Project Runway lepas kalah dalam perebutan dengan Lifetime Tv. Mahkamah dah menetapkan season 6 Project Runway akan ditayangkan di LifetimeTv bermula bulan Ogos nie. Tak sabar rasanya. Apa-apa pun The Fashion Show kalah pada Project Runway big time! Walaupun baru 1 episod ditayangkan kita boleh nampak arah tuju show nie. Tah ke mana tah. Sesiapa yang minat tengok rancangan sebegini boleh le tengoh kat you tube dan berikanlah komen anda okay.