Sabtu, 16 Januari 2010

Project Runway kembali

Project runway masuk musim ke 7 kembali menemui peminatnya mulai semalam. Kini ia kembali ke kota fesyen New York. Kembali bersama juri dan hos yang sama. Yang bezanye Heidi kini kembali dengan berbadan dua. Rasanya dah berapa kali dia mengandung dalam siri nie ye. 16 designer di himpunkan, 3 akan ke New York Feshion Week, 1 akan dinobatkan sebagai juara Project Runway musim ke 7.

Untuk episod pertama ini, sebaik saja sesi pengenalan designer dimaklumkan challenge pertama. Mereka diminta berkumpul di Central Park dimana Tim menunggu untuk memberi arahan seterusnye. Di sana tergantung beberapa fabrik dari Mood selaku penaja textile Project Runway. Designer diminta untuk menambil seberapa banyak fabrik yang mungkin dalam masa 3 minit. Lepas masa tamat designer diminta memilih 5 dari fabrik yang di ambil seberum ini. Disini ketelitian dan kepintaran seseorang designer di uji untuk memastikan baju yang akan dihasilkan nanti bersesuaian dan tepat dengan rekaan yang bakal di siapkan.

15 designer yang selamat, memperoleh markah yang cukup untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnye. Seorang bakal disingkirkan pada akhir episod kali nie. Seperti biasa ada yang meghasilkan rekaan yang menarik dan kurang menariknye.

Tiga designer di senaraikan sebagai "bad design". Markah yang diperoleh cukup-cukup makan jer untuk melayakkan mereka ni ke pusingan seterusnye. Baju yang direka Pamela, dari depan nampak menarik jugak, bila pusing ke belakang...apa hal?? Mila mereka pakaian untuk orang yang seusia dengan diri dia sendiri. Macam makcik-makcik punya baju. Baju Anna pulak biasa jer. Pernah tengok sebelum nie.



4 designer nie pulak memperoleh markah yang sederhana. Janeane yang suka menangis masa sesi temubual, akhirnye menghasilkan baju yang simpel tapi tampak menarik berbanding dengan baju yang tak jadi sebelumnye. Sebelumnye dia cuba buat sedikit detail di bahagian dada dengan membuat teknik pleating, tapi tak jadi sebab pleatingnye berkedut. Jonathan, Jesse dan Jay mereka pakain yang biasa tapi, sentuhan detailing yang menyebabkan mereka mendapat markah yang moderate.




Ketiga-tiga designer nie pulak mendapat markah yang tinggi. Rekaan yang menarik bertepatan dengan fabrik yang di pilih. Amy memilih fabik putih untuk strapless top dipadankan dengan kain yang berkotak hitam-putih di bahagian skrit. Ini dapat memecahkan kebosanan pada busana. Ben memilih fabrik brownish dengan rekaan mini dress bercirikan Sci-fi jika dilihat pada rekaan bahagian bahu busana, ganas sangat!! Maya menampilkan mini dress yang biasa namun, dengan ropol dibahagian dada ke tengkuk menjadikan ia agak istimewa. kalau anda ingat baju nie mengingatkan kita pada rekaan Chris March/Christian Siriano dalam cabaran couture misim yang lalu. Ada persamaannye. Kalau ditanya mesti alasannye satu kebetulan. Drama...drama...drama.






Namun 3 designer berjaya mencuri tumpuan barisan juri kali ini termasuk juri jemputan Nicole Richie. Ping salah seorang dari top 3 dengan rekaan busana yang agak pelik. Mula-mula tengok rekaan dia ingatkan dia pasti berkedudukan bottom 3 tapi tak. Walaupun Nina berpendapat, rekaan Ping kurang dari segi "hanger appeal" sebab nampak macam sehelai kain yang di lilit pada model dari sehelai baju namun, kelainan dari segi rekaan menyebabkan Ping berada dalam top 3. Seorang lagi Seth dengan rekaan 'modern punk'. Seth mempamirkan rekaan yang berkotak-kotak yang penuh bergaya dari segi penataan make-up hingga ke styling. Emilio diangkat sebagai pemenang bari cabaran kali ini seterusnya mendapat 'imunity' bagi cabaran akan datang. Dengan rekaan yang sungguh sempurna Emilio berjaya menyiapkan rekaan yang berjaya memukau barisan juri. Emilio berjaya menghasilkan paten corak pada bahagian atas baju dengan teknik cantuman dari corak-corak yang pada fabrik. Walaupun menghadapi masalah pada peringkat permulaan, dia berjaya menampilkan satu rekaan yang bukan saja cantik tapi nampak mahal!


Dalam yang menang pasti ada yang kalah. Kali ini bottom 3 milik designer Anthony. Jesus dan Christiane. Ketiga-tiga menghasilkan rekaan yang paling buruk. Christiane telah terkeluar dari cabaran ini dengan rekaan yang amat mengecewakan. Buruk nye. Dari pemilihan fabrik sampai ke rekanannye. Semuanya tak kena. Kesian die.... Minggu depan tengok siapa yang terkeluar. nantikan.

2 ulasan:

geraugebang berkata...

Wah, hebat, ada pereka fesyen muda di sini. semoga suksess. Salam kenal dari kak gerau. Seronoknya kalau kurus dapat pakai macam-macam pesyen ek. kak gerau boleh pakai pesen, kain ela belit-belit jer.

SewCut berkata...

Terima kasih kak gerau. Dengan badan berisi tak semestinya tak boleh bergaya. Cuma fabrik dan potongan baju kena betul. Kena gaya lagi meletop!!!!