Khamis, 9 Disember 2010

Mana satu betul??

Saya buat entri nie sebab ramai jugak yang keliru tentang perkara nie. Ramai yang saya baca masih tak tahu yang mana satu betul. Saya ada terbaca entri blog Wan Azwan mengenai perkara nie, apa yang ditulis betul dan tepat. Masih ramai yang keliru yang mana satu sekoci dan mana satu gelendong. Kalau sesiapa ada beli buku jahit Mariam Abu Bakar pasti lagi keliru. Mula-mula dia kata yang nie sekoci pas tu yang gelendong pulak jadi sekoci. Dia pun keliru nampaknye.


Yang namanye gelendong. Macam gelendung benang. Yang tiga tu untuk mesin rumah. Yang besi kanan sekali tu mesin industri. Dalam bahasa Inggris benda nie dipanggil bobbin. Dalam kamus dewan pun dah dimasukkan perkataan nie tapi dengan 1 b je iaitu bobin.



Yang nie le sekoci. Ramai panggil benda ni gelendong. Salah, nie sekoci bukan gelendong. Orang putih panggil bobbin case. Yang kiri tu untuk mesin jahit comel-comel. yang kiri tu industri punya.


Harap-harap lepas nie tak de lagi orang yang keliru pasal perkara nie. Jelas kan!

2 ulasan:

azwan berkata...

eh btol ye sy ckp...ekekeke... 2 pensyarah sy yg ckp.... tp mmg ramai yg kate gelendung 2 sekoci....

SewCut berkata...

Tu le ramai jugak yang masih keliru walaupun dalam abad baru nie :)