Di kesempatan nie saya nak mengucapkan selamat datang 2010. Semoga tahun nie rezeki makin bertambah dan kesihatan semakin baik. Diharap tahun nie lebih prodaktif dari tahun 2009. Apa pun jangan pandang ke belakang, hidup harus terus kedepan. Selamat meyambut tahun 2010.
Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Datang 2010
Lama jugak ye...
Memula ribuan maaf pada semua yang mengikuti blog nie. Bulan nie memang sibuk sangat, sampai bengkak kaki saya dok tekan padel mesin jahit. Mana taknye lepas satu-satu baju yang mesti disiapkan. Baju orang kawin, mak pengantin, flower girl, sanak-sedara pengantin sampai le ke orang yang nak tengok pengantin. Sekarang ada le reda sikit. Kena rehat le sikit, nak redakan kesakitan kaki yangdah membengkak..aduh!.
Nak dijadikan cerita mesin jahit Singer tu meragam le pulak. Tengah duk sibuk nak mampus nie. Macam-macam jadi, orang nak cepat jadinya lambat. Dah lama jugak bersabar dengan mesin nie, ikutkan hati mau ke lantai peginye. Beli mesin nie bukannye murah tau dekat nak RM3k. Quantum 9940. Dikatakan mesin nie elok sangat. Baru beli dulu dah ada problem. Hantar ke KL untuk repair, dapat balik masih camtu jugak. Hanjeng betul mekanik Singer kat KL tu. Masa ambik dulu terang-terang dah bagitau apa yang salah, tapi dapat balik kerosakan tu masih tak dibetulkan. Tak ke hangin di buatnye. Nak wat camna pakai jugaklah, beli mahal.kan. Karang nak hantar entak berapa lama pulak nak siapnye. Ini pun dekat nak sebulan setengah baru siap. Janji setengah bulan. Sekarang nie saya memang dah tak percaya lagi jenama Singer. Mekanik dia orang tak bertauliah. Macam tak tau buat kerja. Takat tau repair mesin zaman batu je. Dapat mesin komputer dah tekejut beruk, tak tau macamana nak repair. Tulah, ingatkan nak beli mesin baru le, insyaallah kalau budget mengizinkan. Sekarang tengah tunjau-tinjau mesin Brother NV-50. Rasanye okey kut. Tak pe masa nak beli nanti kita uji pandu le dulukan. Yang pasti bukan jenama Singer. Kalau kat USA brand Singer dikenali sebagai 'reputation brand'. Sebab dah lama di pasaran. Kualiti entah ke mana. Nak harap reputasi je. Dulu mungkin elok. Zaman nenek moyang kita dulu. Sekarang nie hampeh!
Mengenai project terbaru sepanjang bulan nie. Ha...nie diantara yang sempat bergambar. Yang lain tu tak sempat nak ambik gambar. Penat sangat. Nie baju nikah tangan belon macam yang saya cakapkan dalam entri lepas. Biasanya belon nie saya gunakan kain shifon, tapi kali nie pemilik busana tak nak seksi jadi, saya guna kain satin yang di bagi. Ye jugak nak nikah kat masjid, takkan le nak seksi-seksi kan. Pengantin nie berbanga cina, jadi saya terapkan le sikit unsur-unsur gaun malam pada leher baju. Boleh jugak dia pakai untuk majlis potong kek. Manik dia tak nak banyak sangat. ikut je lah kehendak pelanggan. Dia nak pakai untuk dinner lain kali katanye. Orang yang sama ada memempah untuk seisi keluarga dia. Nak matching-matching katanya. Dari yang besar sampai ke kecik berusia 3 tahun. Nak siapkan baju diaorang nie pun dah berapa lama. Kain yang dibagi jenis kain nipis-jarang. Nak jahit pun kena hati-hati. Fesyennya berbagai. Pening jugak dibuatnye. Tapi alhamdulillah siap semuanye.
Yang nie baju bebudak. Baju maknye tak sempat nak siapkan. Mana taknye bagi kain tak cukup. Nak fesyen bagai. Mana nak teradakan. Bila kita cakap kain tak cukup, muka kerut seribu. Hairan le tu. Orang kain 20 meter pun boleh dijadikan sepasang baju je. Nakkan kain ciput. Lantak situ. Saya dok gi cari jugak kaler kain tak cukup tu, tak de le pulak habih tu tak dapek le den nak tulungnye. Tunggu dia call atau datang baru nak cakap. Baju anaknye nie bukan main lagi. Nak tangan belon. Kain lace pulak tu. Bagi kain tak cukup jugak. Bagai nak pecah kepala memikirkan macam mana nak cukupkan jugak. Bila dah siap ha..nak murah le pulak. Sabo je lah. Siap tawar -menawar bagai.... tak tau le manusia. lepas nie saya bertekat tak nak buat baju dia nie lagi. Dulu pernah tolak baju dia, tapi lepas tu datang merayu balik tempat lain tak nak buat baju fesyen katanye, Sebenarnya ada, cuma harganye je tak seperti yang dia nak. Sebab kesian kita bagi le peluang dengan syarat harga kena ikut harga saya. Tapi bila dah melebeh nie sori sis. Kita kena ikut harga dia pulak. Serik. Kita menyiapkan baju dia susah sebab fesyen bagai, tu nak murah pulak. Tak berbaloi! Dia ingat kalau baju budak tu murah sebab kecil tapi yang sebenarnya baju budak le susah nak buat sebab kecil, tambahan nak fesyen itu ini.
Ini
baju kakak ipar saya Shiela. Kain nie sebenarnya dah lama jugak dia bagi kat saya untuk dijahit tapi, maklumlah sibuknye teramat. Maka tertangguh le. Kesian dia tapi, apa pun alhamdilullah berjaya jugak saya menyiapkannye. Baju ni diadaptasi dari koleksi bus
ana Hatta Dolmat. Tapi saya buatkan tangannye stail belon bagi matching dengan pleat kat bahagian dada. Teknik pleating sama digunakan untuk bahagian tangan. Yang bezanya, bahagian tangan dilepaskan tapi, bahagian dada dijahit terus. Diserikan lagi dengan sulaman manik dan kri
stal merah di bahagian dada. Mahal jugak kristal tu, bukannye batu akrilik tau. Kristal betul tu. Kat pangkal lengan tu saya sulam manikkan menggunakan teknik crumble Kak Pepari, guna manik mutiara campur manik biasa. Kain potongan duyung, potong 7 seperti biasa untuk keselesaan.
Nak dijadikan cerita mesin jahit Singer tu meragam le pulak. Tengah duk sibuk nak mampus nie. Macam-macam jadi, orang nak cepat jadinya lambat. Dah lama jugak bersabar dengan mesin nie, ikutkan hati mau ke lantai peginye. Beli mesin nie bukannye murah tau dekat nak RM3k. Quantum 9940. Dikatakan mesin nie elok sangat. Baru beli dulu dah ada problem. Hantar ke KL untuk repair, dapat balik masih camtu jugak. Hanjeng betul mekanik Singer kat KL tu. Masa ambik dulu terang-terang dah bagitau apa yang salah, tapi dapat balik kerosakan tu masih tak dibetulkan. Tak ke hangin di buatnye. Nak wat camna pakai jugaklah, beli mahal.kan. Karang nak hantar entak berapa lama pulak nak siapnye. Ini pun dekat nak sebulan setengah baru siap. Janji setengah bulan. Sekarang nie saya memang dah tak percaya lagi jenama Singer. Mekanik dia orang tak bertauliah. Macam tak tau buat kerja. Takat tau repair mesin zaman batu je. Dapat mesin komputer dah tekejut beruk, tak tau macamana nak repair. Tulah, ingatkan nak beli mesin baru le, insyaallah kalau budget mengizinkan. Sekarang tengah tunjau-tinjau mesin Brother NV-50. Rasanye okey kut. Tak pe masa nak beli nanti kita uji pandu le dulukan. Yang pasti bukan jenama Singer. Kalau kat USA brand Singer dikenali sebagai 'reputation brand'. Sebab dah lama di pasaran. Kualiti entah ke mana. Nak harap reputasi je. Dulu mungkin elok. Zaman nenek moyang kita dulu. Sekarang nie hampeh!
Mengenai project terbaru sepanjang bulan nie. Ha...nie diantara yang sempat bergambar. Yang lain tu tak sempat nak ambik gambar. Penat sangat. Nie baju nikah tangan belon macam yang saya cakapkan dalam entri lepas. Biasanya belon nie saya gunakan kain shifon, tapi kali nie pemilik busana tak nak seksi jadi, saya guna kain satin yang di bagi. Ye jugak nak nikah kat masjid, takkan le nak seksi-seksi kan. Pengantin nie berbanga cina, jadi saya terapkan le sikit unsur-unsur gaun malam pada leher baju. Boleh jugak dia pakai untuk majlis potong kek. Manik dia tak nak banyak sangat. ikut je lah kehendak pelanggan. Dia nak pakai untuk dinner lain kali katanye. Orang yang sama ada memempah untuk seisi keluarga dia. Nak matching-matching katanya. Dari yang besar sampai ke kecik berusia 3 tahun. Nak siapkan baju diaorang nie pun dah berapa lama. Kain yang dibagi jenis kain nipis-jarang. Nak jahit pun kena hati-hati. Fesyennya berbagai. Pening jugak dibuatnye. Tapi alhamdulillah siap semuanye.
Yang nie baju bebudak. Baju maknye tak sempat nak siapkan. Mana taknye bagi kain tak cukup. Nak fesyen bagai. Mana nak teradakan. Bila kita cakap kain tak cukup, muka kerut seribu. Hairan le tu. Orang kain 20 meter pun boleh dijadikan sepasang baju je. Nakkan kain ciput. Lantak situ. Saya dok gi cari jugak kaler kain tak cukup tu, tak de le pulak habih tu tak dapek le den nak tulungnye. Tunggu dia call atau datang baru nak cakap. Baju anaknye nie bukan main lagi. Nak tangan belon. Kain lace pulak tu. Bagi kain tak cukup jugak. Bagai nak pecah kepala memikirkan macam mana nak cukupkan jugak. Bila dah siap ha..nak murah le pulak. Sabo je lah. Siap tawar -menawar bagai.... tak tau le manusia. lepas nie saya bertekat tak nak buat baju dia nie lagi. Dulu pernah tolak baju dia, tapi lepas tu datang merayu balik tempat lain tak nak buat baju fesyen katanye, Sebenarnya ada, cuma harganye je tak seperti yang dia nak. Sebab kesian kita bagi le peluang dengan syarat harga kena ikut harga saya. Tapi bila dah melebeh nie sori sis. Kita kena ikut harga dia pulak. Serik. Kita menyiapkan baju dia susah sebab fesyen bagai, tu nak murah pulak. Tak berbaloi! Dia ingat kalau baju budak tu murah sebab kecil tapi yang sebenarnya baju budak le susah nak buat sebab kecil, tambahan nak fesyen itu ini.Ini
baju kakak ipar saya Shiela. Kain nie sebenarnya dah lama jugak dia bagi kat saya untuk dijahit tapi, maklumlah sibuknye teramat. Maka tertangguh le. Kesian dia tapi, apa pun alhamdilullah berjaya jugak saya menyiapkannye. Baju ni diadaptasi dari koleksi bus
ana Hatta Dolmat. Tapi saya buatkan tangannye stail belon bagi matching dengan pleat kat bahagian dada. Teknik pleating sama digunakan untuk bahagian tangan. Yang bezanya, bahagian tangan dilepaskan tapi, bahagian dada dijahit terus. Diserikan lagi dengan sulaman manik dan kri
stal merah di bahagian dada. Mahal jugak kristal tu, bukannye batu akrilik tau. Kristal betul tu. Kat pangkal lengan tu saya sulam manikkan menggunakan teknik crumble Kak Pepari, guna manik mutiara campur manik biasa. Kain potongan duyung, potong 7 seperti biasa untuk keselesaan.Khamis, 26 November 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Haji
Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut hari raya haji kepada semua rakyat malaysia amnya dan kepada semua yang membaca blog saya khususnya. Semoga apa saja yang kita lakukan diberkati allah. Amin. Kalau balik kampung tu berhati-hati dijalan raya.
Rabu, 25 November 2009
Project Runway Season 6 Winner
Minggu lepas telah ditayangkan project runway musim ke-6. Bagi sesiapa yang mengikuti program realiti nie tentu dah tahu siapa yang menang. Secara peribadinya saya bersetuju dengan pilihan juri walaupun Irina agak belagak sombong sepanjang musim. Dia mungkin ada sebab tersendiri. Namun koleksi busana yang diperagakan oleh Althea Harper dan Carol Hanna tidak kurang hebatnya. Althea yang mempertaruhkan koleksi busana bertemakan sci-fi telah meletakkannya di tempat kedua manakala Carol Hanna berkedudukan tempat ketiga dengan koleksi busana bertemakan romantis.
Apa pun koleksi busana Irina lebih kuat dengan tema "Urban Women". Dengan gaya warrior women abad-21 koleksi Irina berasaskan warna hitam menjadi pilihan barisan juri. Kita tengok kesemua koleksi yang telah diperagakan di pentas runway.

Sabtu, 14 November 2009
Cushion Cover
Cushion cover nie saya buat bila ada masa lapang sikit. Kalau selalu ngadap baju, muntah jugak dibuatnye. Saya jahitnye guna lace yang saya beli extra memang untuk dijadikan cushion cover. Lace nampak ekslusif. Dah banyak jugak saya jual cusion cover nie, tapi kali nie saya nak cuba jual kat internet pulak. Tengok macam mana sambutannya. Tengok orang jual macam-macam kat internet, jadi tergerak pulak hati nak join sama. Mane le tau kan boleh jana duit tambahan.
Jenis fabrik saya gunakan, lace. Lace nampak mewah sangat. Kaler merun. Kaler nie memang tengah 'in' sekarang nie. Harganye cuma RM75
sepasang, tak termasuk penghantaran, saiznye 16"X 16". Saiz sandard le tu. Coshion cover nie dijahit manik penuh kat bahagian hadapannye. Jadi tak sesuai le nak buat bantal peluk. Kang ada yang cedera. Hujung empat penjurunya dihiasi tassel warna sama, menaikkan lagi keanggunannye. Memang eksklusif dan bergaya mewah!Kalau nak jadikan hiasan penambah seri kediaman, elok sangat le sarungkan cusion anda dengan cusion cover nie dan hamparkan di sofa anda. Pasti jadi bualan tetamu yang berkunjung. Lagi pun nak Raya Haji nie kan, elok sangat le tu. Sesiapa yang berminat boleh email saya secepat mungkin sebab saya ada sepasang je. Memang saya buat sepasang setiap lace sebab nak mengekalkan kualiti jahitan maniknye. Saya tengok memang tak de orang lagi yang jual cusion cover dari fabrik lace.
Ahad, 8 November 2009
Project Runway
Project runway USA season 6 dah sampai ke kemuncaknya bila 3 orang telah dipilih ke peringkat akhir. Tahun ini ketiga-tiga peserta terdiri dari kaum wanita. Mereka telah dipilih berdasarkan keativiti dalam rekaan dan persembahan keseluruhan di pentas peragaan . Untuk tugasan terakhir, sebelum final 3 dipilih, designer diminta untuk mereka satu persalinan berinspirasikan sebuah galeri terkenal di sana iaitu Getty Center. Dalam pemerhatian saya selama menonton musim kali ini memang ketiga-tiga wanita ini paling menyerlah dari segi rekaan maupun dari segi persembahan di pentas runway.
Mereka yang telah dipilih oleh para juri ialah Althea Harper, Carol Hannah Whitfield dan Irina Shabayeva. Mereka berjaya mengetepikan pesaing lain iaitu Gordana
Gehlhausen dan Christopher Straub. Barisan juri beroendapat Christopher tidak mempunyai pengalaman dan knowledge yang cukup untuk memeruskan cabaran manakala Gordana pula dikatakan identitinya tidak teserlah dalam rekaan serta tidak mempunyai keyakinan diri yang cukup. Siapa yang akan meraik kejuaran? Sama-sama kita nantikan koleksi yabg bakal dipertontonkan.
Terfikir jugak teman mana peginye juara Project Runway Malaysia? Kenapa program tu tak di teruskan. Mustahil Malaysia tidak mempunyai bakat yang cukup? Adakah barisan juri telah tersalah memilih juara? Hairan kan?
Mereka yang telah dipilih oleh para juri ialah Althea Harper, Carol Hannah Whitfield dan Irina Shabayeva. Mereka berjaya mengetepikan pesaing lain iaitu Gordana
Gehlhausen dan Christopher Straub. Barisan juri beroendapat Christopher tidak mempunyai pengalaman dan knowledge yang cukup untuk memeruskan cabaran manakala Gordana pula dikatakan identitinya tidak teserlah dalam rekaan serta tidak mempunyai keyakinan diri yang cukup. Siapa yang akan meraik kejuaran? Sama-sama kita nantikan koleksi yabg bakal dipertontonkan.Terfikir jugak teman mana peginye juara Project Runway Malaysia? Kenapa program tu tak di teruskan. Mustahil Malaysia tidak mempunyai bakat yang cukup? Adakah barisan juri telah tersalah memilih juara? Hairan kan?
Sabtu, 7 November 2009
Kembali lagi
Pertama kali, ribuan terima kasih saya ucapkan pada semua pembaca blog nie sebab tunggu ia di up-datekan. Macam yang saya cakap dalam entry lepas saya masukkan kat sini antara projek saya yang lepas. Sebenarnya banyak lagi tapi tu yang biasa-biasa je.

Nie antara fesyen yang paling diminati masa kini. Baju kurung moden tangan ala-ala Datuk Siti. Masa raya dulu bukan main ramai yang nakkan tangan gini. Saya tengok biasanya orang buat, cuma kedutkan bahagian belon tu je. Saya lebih suka buat pleat, bagi nampak dramatik sikit. Saya gunakan kain chifon polos di
bahagian belon tu bagi nampak jelas walaupun dari jauh. Kalau tak nampak penat je le teman buat
'pleat' tu kan. Yang warna merah tu saya panjangkan lining bahagian bajunya bagi nampak macam divider antara kain dan baju. Disulam ombak dan manik sekali. Kainnya saya buat 'kain potong 7', buat keselesaan empunya bergerak. Baju oren-cokelat tu lain sikit. Lebih simpel sebab kainnya lebih susah nak handle. Benangnya cepat terkeluar. Nak sulam pun payah sangat jadi, saya klimkan je. Tangan tetap belon pleat seperti yang dipinta. Bajunya fully lining, kain 'lipat batik'. Nie mamamuda punya. Saya mohon maaf banyak-banyak sebab baju nie lambat siap. Harap berpuas hati yek. Sori.
Baju nie pulak, biasa le baju sanding. Butik nie beli terus dari saya bermakna semua fabrik saya sediakan. Tuan butik cuma bagitau nak kaler ape dan fesyen ape je. Baju nie sepasang dengan persalinan lelaki termasuk kasut perempuannye. Dia nakkan lace gold kare. Jenuh jugak teman mencarinye. Las-las jumpa jugak tapi, mahal le sikit. Lebih kurang RM140 semeter. Nak pakai 3 meter. Ha..berapa dah tu. Tu baru lace, belum kain chifon dengan satinnye. Saya tanya dulu kalau dia sanggup, jawabnye ye. Baru saya proceed, kalau tak nak, tak sio teman belinye. Bajunya biasa je potongan penguin berzip belakang, cuma kainnye je yang buat tuan butik nie terpikat pada fesyen nie. Potongan penguin tu bajunye pendek kat depan dan labuh kat belakangnye. Kira tutup bahagian punggung le. Kain 2 tingkat dari fabrik chifon. Asalnya dia nak baju nie berkorset, alih-alih pelanggan dia tak nak. Malu le pulak katanye. Dia terpaksa ikut je cakap pelanggannye tu sebab orang tu ambik pakej mahal. Baju lelakinya baju sikap kain satin warna cream sama dengan baju pengantin perempuannye. Pengantin nie dah pakai pun baju nie hari Sabtu lalu. Alhamdulillah puas hati katanye.Lepas nie ada projek baju nikah kawan adik. Dia nie kawin dengan perempuan berbangsa cina. Kalau baju nikah tu tentunya putih. Saya nak warnakan sikit dengan taburan manik kaler lembut. Tak le boring sangat. Dia nakkan fesyen tangan belon jugak. Ikut je lah. Tunggu le hasil nye ok.
Langgan:
Catatan (Atom)