Khamis, 26 November 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Haji
Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut hari raya haji kepada semua rakyat malaysia amnya dan kepada semua yang membaca blog saya khususnya. Semoga apa saja yang kita lakukan diberkati allah. Amin. Kalau balik kampung tu berhati-hati dijalan raya.
Rabu, 25 November 2009
Project Runway Season 6 Winner
Minggu lepas telah ditayangkan project runway musim ke-6. Bagi sesiapa yang mengikuti program realiti nie tentu dah tahu siapa yang menang. Secara peribadinya saya bersetuju dengan pilihan juri walaupun Irina agak belagak sombong sepanjang musim. Dia mungkin ada sebab tersendiri. Namun koleksi busana yang diperagakan oleh Althea Harper dan Carol Hanna tidak kurang hebatnya. Althea yang mempertaruhkan koleksi busana bertemakan sci-fi telah meletakkannya di tempat kedua manakala Carol Hanna berkedudukan tempat ketiga dengan koleksi busana bertemakan romantis.
Apa pun koleksi busana Irina lebih kuat dengan tema "Urban Women". Dengan gaya warrior women abad-21 koleksi Irina berasaskan warna hitam menjadi pilihan barisan juri. Kita tengok kesemua koleksi yang telah diperagakan di pentas runway.
Apa pun koleksi busana Irina lebih kuat dengan tema "Urban Women". Dengan gaya warrior women abad-21 koleksi Irina berasaskan warna hitam menjadi pilihan barisan juri. Kita tengok kesemua koleksi yang telah diperagakan di pentas runway.












Sabtu, 14 November 2009
Cushion Cover
Cushion cover nie saya buat bila ada masa lapang sikit. Kalau selalu ngadap baju, muntah jugak dibuatnye. Saya jahitnye guna lace yang saya beli extra memang untuk dijadikan cushion cover. Lace nampak ekslusif. Dah banyak jugak saya jual cusion cover nie, tapi kali nie saya nak cuba jual kat internet pulak. Tengok macam mana sambutannya. Tengok orang jual macam-macam kat internet, jadi tergerak pulak hati nak join sama. Mane le tau kan boleh jana duit tambahan.


Kalau nak jadikan hiasan penambah seri kediaman, elok sangat le sarungkan cusion anda dengan cusion cover nie dan hamparkan di sofa anda. Pasti jadi bualan tetamu yang berkunjung. Lagi pun nak Raya Haji nie kan, elok sangat le tu. Sesiapa yang berminat boleh email saya secepat mungkin sebab saya ada sepasang je. Memang saya buat sepasang setiap lace sebab nak mengekalkan kualiti jahitan maniknye. Saya tengok memang tak de orang lagi yang jual cusion cover dari fabrik lace.
Ahad, 8 November 2009
Project Runway
Project runway USA season 6 dah sampai ke kemuncaknya bila 3 orang telah dipilih ke peringkat akhir. Tahun ini ketiga-tiga peserta terdiri dari kaum wanita. Mereka telah dipilih berdasarkan keativiti dalam rekaan dan persembahan keseluruhan di pentas peragaan . Untuk tugasan terakhir, sebelum final 3 dipilih, designer diminta untuk mereka satu persalinan berinspirasikan sebuah galeri terkenal di sana iaitu Getty Center. Dalam pemerhatian saya selama menonton musim kali ini memang ketiga-tiga wanita ini paling menyerlah dari segi rekaan maupun dari segi persembahan di pentas runway.
Mereka yang telah dipilih oleh para juri ialah Althea Harper, Carol Hannah Whitfield dan Irina Shabayeva. Mereka berjaya mengetepikan pesaing lain iaitu Gordana
Gehlhausen dan Christopher Straub. Barisan juri beroendapat Christopher tidak mempunyai pengalaman dan knowledge yang cukup untuk memeruskan cabaran manakala Gordana pula dikatakan identitinya tidak teserlah dalam rekaan serta tidak mempunyai keyakinan diri yang cukup. Siapa yang akan meraik kejuaran? Sama-sama kita nantikan koleksi yabg bakal dipertontonkan.
Terfikir jugak teman mana peginye juara Project Runway Malaysia? Kenapa program tu tak di teruskan. Mustahil Malaysia tidak mempunyai bakat yang cukup? Adakah barisan juri telah tersalah memilih juara? Hairan kan?


Terfikir jugak teman mana peginye juara Project Runway Malaysia? Kenapa program tu tak di teruskan. Mustahil Malaysia tidak mempunyai bakat yang cukup? Adakah barisan juri telah tersalah memilih juara? Hairan kan?
Sabtu, 7 November 2009
Kembali lagi
Pertama kali, ribuan terima kasih saya ucapkan pada semua pembaca blog nie sebab tunggu ia di up-datekan. Macam yang saya cakap dalam entry lepas saya masukkan kat sini antara projek saya yang lepas. Sebenarnya banyak lagi tapi tu yang biasa-biasa je.





Lepas nie ada projek baju nikah kawan adik. Dia nie kawin dengan perempuan berbangsa cina. Kalau baju nikah tu tentunya putih. Saya nak warnakan sikit dengan taburan manik kaler lembut. Tak le boring sangat. Dia nakkan fesyen tangan belon jugak. Ikut je lah. Tunggu le hasil nye ok.
Langgan:
Catatan (Atom)