Selasa, 29 Mac 2011

List penerima "My First Giveaway"

Mula-mula saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua participant yang menyertai giveaway saya. Tak sangka pulak ramai yang menyertainya. Walau bagaimana pun hanya 20 orang yang akan menerima giveaway dari saya. Pemilihan dibuat menggunakan Random.org. Jyaallah anda boleh cuba lagi dalam giveaway saya yang akan datang. Sekali lagi saya nak ucapadi semuanya kira nasib. Kira macam cabutan bertuah. Yang tak berjaya saya mintak maaf. Inskan terima kasih pada semua yang menyertai giveaway pertama saya nie.

Nie dia senarai penerima giveaway dari saya. Semak kalau ada nama anda tersenarai.




*setakat hanya 2 orang yang masih belum memberi alamat pada saya.

Email saya kembali dalam tempoh masa 14 hari dengan menyertakan alamat anda untuk proses penghantaran giveaway. Terima kasih dan taniah dari saya.

Isnin, 28 Mac 2011

Crochet Lagi...

Entah tak tau kenapa sejak dua menjak nie saya asyik suka bercrochet. Padahal dah lebih sepuluh tahun tinggalkan dunia crochet. Tetiba je semangat tu mai balik. Asal ada je masa terluang pasti jarum crochet dicapai. Mungkin sebab crochet sekarang nie tak macam dulu. Kalau dulu seni crochet lebih pada pada doilies, table runner, bed spread dan seangkatan dengannya, sekarang nie macam-macam boleh diadaptasi dari crochet. Antaranya amigurumi macam giveaway saya tu. Yang terbaru yang saya baru je discovered, walaupun dah berzaman bertapak kat dunia crochet nie, tapestry crochet. Meletops sangat hasilnya. La nie masih tak popular, jangankan kata kat Malaysia kat seantero dunia sekali pun. cabang seni crochet nie ala-ala jer. Mungkin sebab peroses menghasilkannya agak rumit. Info pasal seni cabang crochet nie pun ala-ala kurang, payah nak cari. Yang sibuk cuba mempopularkannya si Carol Ventura tu je. Kesian dia. Kalau tak de dia mungkin seni ni mati takat tu je le. Lagi takkan ramai yang tahu.


Nie percubaan pertama saya buat tapestry crochet. Tapi yang nie dah saya ubah sikit tekniknya crochetnya. Designnya pun saya buat sendiri. Saya ubah teknik crochetnya sebab saya nak nampak effect knit. Beza hasil crochet dengan knit, dengan hasil knit, biasanya ia akan sedikit elastik. Tu pasal orang ramai knit untuk buat topi atau baju. Crochet lebih tebal dan padat, sesuai untuk dibuat beg atau casing macam nie. Yang nie case untuk rotary cutter. Butangnya pun saya crochet. 2 tone warna saya gunakan di sini, warna ungu cerah sebagai base dan ungu garang sebagai motif. Dalam seni tapestry crochet, banyak warna boleh digunakan, sampai berbelas warna bagi yang betul-betul mahir. Bagi saya setakat 2 warna pun okey lah buat permulaan nie.

Cassing nie boleh jugak dijadikan handphone case. Cuma diubah dari segi panjag dan lebarnya je untuk disesuaikan pada model handphone tertentu. Motif design boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti. Insyaallah saya akan cuba buat banyak lagi motifnya pada masa akan datang. Berminat? Boleh pm saya kat facebook atau email je.

Ahad, 13 Mac 2011

My First Giveaway! - CLOSED

Dah sekian lama blog saya wujud dalam alam maya nie, tapi nie le kali pertama saya buat giveaway untuk semua orang yang mengikuti blog SewandCut.

Nie nak kasik tau, sebonarnya giveaway nie ialah, adalah pin cushions. Nak tau saiz dia hemm... biarlah rahsia! hehehe...siapa yang dapat baru tau... baru bestkan? Tapi rasanya boleh di agak dari saiz pin yang tercucuk kat situ. Pin cushions nie saya crochet sendiri, ala-ala amigurumi gitu. Maknanya nie hasil kerja tangan saya sendiri. Bentuknya buah dan sayuran. Ada tiga bentuk. Tomato, labu dan buah manggis. Rasanya nak buat buah lain tapi tak berapa sesuai nak dijadikan pin cushions.



Giveaway nie terhad pada 20 orang je sebab ada 2o ketul je. Tak boleh nak pilih le nak buah/sayur apa ye. Random je. Nak menyertainya senang je, anda hanya perlu masukkan posting nie ke blog masing-masing. Lepas tu tinggalkan komen kat saya untuk saya track balik blog anda. Mudah kan. Jadi apa lagi, sertailah giveaway nie sekarang.



Penyertaan nie akan bermula pada 14th March dan berakhir pada 28th March 2011. Senaraikan nama siapa yang terpilih akan dipaparkan pada 29hb Mac dan pemilihan nie akan dibuat secara rawak. Tiada pilih kasih....sorry ye. Selamat mencuba. Terima Kasih.