Ahad, 8 Mei 2011

American Idol vs The Voice

Dalam kegairahan American Idol yang hampir sampai ke kemuncaknya muncul satu lagi program relaity tv baru, The Voice muncul. Konsep sama, mencari penyanyi baru. Format bebeza sikit. Apa yang boleh di perkatakan format baru yang ditampilkan oleh The Voice memberi satu kelainan dalam pertandingan nyanyian di Amerika. Kalau di lihat dari segi format pertandingan, ia mirip pertandingan nyanyian The X-Factor yang akan keudara di Amerika tidak lama lagi. Simon Cowell, bekas juri American Idol adalah orang yang bertanggungjawab membawa program The X-Factor ke Amerika Syarikat. Dengan bayaran entah berapa juta dollar, the X-Factor akan dibarisi artis-artis popular tempatan yang bertindak sebagai mentor kepada peserta pilihan. Tak pasti berapa ramai lagi mentor yang akan terlibat.


Seperti the X-Factor, the Voice juga mebariskan 4 orang artis terkemuka amerika syarikat Christina Aguilera, Adam Levine, Blake Shelton dan Cee Lo Green yang bertindak sebagai coaches kepada peserta yang dipilih mereka sendiri secara "blind audition". Apa yang menarik, dalam peringkat pertama peserta yang telah menjalani saringan, akan diujibakat secara "blind audition" oleh 'coaches' yang ada. Kerusi 'coaches' akan di pusing membelakangi peserta. Ketika peserta membuat persembahan, coaches hanya boleh mendengar tanpa melihat paras rupa peserta. Dengan hanya mengadili suara peserta 'coaches' akan membuat pilihan sama ada mereka ingin bekerjasama dengan peserta atau tidak. Jika coaches ingin bekerjasama dengan peserta yang sedang membuat persembahan mereka hanya perlu menekan butang yang berada di hadapan mereka. Kerusi akan berpusing kembali menghadap peserta. Jika lebih dari seorang coaches yang menekan butang, peserta yang akan membuat pilihan siapa artis yang mereka mahu. Setiap 'coaches' akan memilih 8 peserta. Dari 8 setiap peserta akan menjalani satu lagi peringkat iaitu peringkat "battle phase" di mana 8 orang ini akan berentap sesama sendiri untuk mencari 4 yang terbaik ke peringkat 'live show' bagi setiap coaches.

Bagi saya The Voice yang mana di ambil dari program tv Holland ini jauh lebih menarik dari American Idol. Ameriacan Idol dengan format yang dah basi tak tau sampai bila boleh bertahan. Tambahan buat tahun ni, peserta yang hampeh yang tinggal. Apa yang pasti pada firasat saya Scotty McCreery akan mengunguli pertandingan kali ini. Orang America amat menyukai beliau walau pun pada pendapat saya dia akan mengikut jejak penyanyi kelahiran American idol yang lain yang entah kemana perginya. Apa pun The Voice is great compare to American idol. Sekiranya waktu siaran kedua-dua in adalah sama, saya yakin rating American idol pasti jatuh mendadak!