Sabtu, 16 April 2011

Update GA

Saya nak bagi sikit update Giveaway yang saya buat baru-baru nie. Sebahagian besarnya telah pun hantar. Harap semua penerima dah terima GA tu dan berpuas hati le ye. Tapi yang peliknya ada lagi yang masih belum bagi alamat pada saya walaupun masa yang panjang telah diberi. Sorry to say lepas hari esok yakni hari Ahad bersamaan 17thApril 2011 GA tu akan dianggap lupus. Saya akan bagi pada sesiapa yang masih berminat. Sebarang komplain tak akan dilayan! Setakat nie masih ada 2 penerima yang masih belum bagi alamat pada saya.

Harap Maklum.

Jumaat, 8 April 2011

Kongsi cheriter...

Kali nie baru ada peluang nak update gambar baju pengantin projek terbaru. Yang lama tu ada tapi butik pengantin tu tak bagi saya publish kat blog, takut orang lain tiru katanye. Akur je le, dah permintaan orang, apa boleh buat.


Kali ni baju nikah je. Owner dia nakkan baju kurung moden tapi nak ada fesyen sikit. Bagi saya nie peluang nak luahkan kreativiti sikit kan. Tapi tak boleh berlebih le sebabnya kain lace yang dia bagi ciput sangat. Nak buat design vogue sangat tak dapat le. Pikir punya pikir plus buat survey kat internet jumpa le ilham design yang macam nie. Nampak senang tapi banyak kerjanya. Saya guna teknik pin tuck pada bahagian tengkuk dan lengan baju. Pas tu sdaya tampal sikit bunga lace kat bahagian tangan dan tengkuk dia. Kain chiffon pun saya kena beli sendiri. Dah baginya ciput. Dah le tu, nak jadikan cerita terbeli yang mahal punya. Biasa chiffon cikai nie dalam RM5.00/m, tapi yang nie RM9.00/m. Nak beli sikit takut tak cukup pulak. Kain chiffon yang dia bagi tu, yang ciput tu tak boleh guna sebab tekstur dan warnanya agak berlainan. Mana tak nya yang dia bagi tu hak murah punya yang saya beli nie hak mahal, lagi nipis dan halus dan licin. Tu le. bila dah siap, harga pun diberi emm...banyak songeh pulak owner nya. Mahal lak katanya. Ye la, kain chiffon tu dah berapakan. Guna sampai 6 meter. Sendiri mau kira le. Nak murah tapi nak yang meletops...buleh. Pening teman dibuatnya.


Kan sejak dua menjak nie semangat crochet dah mai balik. Jadi nie nak kongsi bersama pasal benang yang baru saya beli dari Ice yarns. Benangnya murah jugak kalau dibandingkan dengan benang yang ada dijual merata tempat kat Ipoh nie. Beli direct dari Turkey. Sampai kat sini dalam masa 11-14 hari. Cepat le kiranya tu. Tapi satu je nak saya katakan, benangnya tak le bermutu sangat. Kira ok-ok je lah. Harga pun murah kan..apa nak kata. Kita dapat apa yang kita bayor ye dok.