Selasa, 8 Februari 2011

Alaihai Si Baju Kurung....

Sejak dua menjak nie baju kurung pesak gantung dah makin diminati ramai. Mungkin sebab cutting baju tu ikut shape badan sikit. Tapi apa yang menyedihkan ramai yang CLAIM kurung pesak gantung tapi cutting pesak gantungnya entah apa-apa entah. Saya setuju baju kurung dan baju-baju tradisional dipermodenkan cuttingnya tapi jangan sampai hilang elemen busana tu sendiri.

Sedih tengok ramai jugak tukang jahit mengaku yang mereka pandai menjahit pesak gantung tapi sebenarnya tidak. Ada jugak yang keliru perbezaan antara kurung pesak gantung dengan kurung pahang. Memang sekali tengok nampak tak de beza tapi, ada perbesaan dari segi potongan pesak maupun badan baju.

Baju kurung pesak gantung berbeza dengan kurung pesak buluh atau pesak teluk belanga yang biasa kita tengok tu. Pesak gantung tak de kekek dan kecik dibahagian pinggangnya. Kekek pesak gantung dimasukkan sekali dalam pesak atasnya. Pesak gantung terbahagi kepada 2. Pesak atas dan pesak bawah. Ukuran pesak atas biasanya di tentukan dengan ukuran dada dan di campurkan dengan ukuran kekek. Pesak bawah kembang sedikit dari ukuran bawah pesak buluh. Ia mempunyai potongan serong dibahagian pinggang tidak seperti yang selalu tukang jahit sekarang ni buat. Sekarang nie tukang jahit memotong pesak dalam satu potongan sahaja, dah tak de pesak atas dan pesak bawahnya. Rosak elemen pesak gantungnya. Kalau dah macam tu potongannya dimana terletak pesak gantungnya? Hanya pada namanyakah atau pada apakah?

Baju kurung Pahang juga dikenai sebagai Kurung Riau. Baju kurung jenis ini sangat berlainan dari kurung pesak gantung sebab baju kurung jenis ni berbelah di bahagian hadapannya, mempunyai kolar tinggi dan berbutang dibahagian hadapan. Mengikut sejarah dahulu 5 butang bagi rakyat biasa dan 7 butang bagi golongan bangsawan dan raja. Pesaknya terbahagi kepada 2 jugak. Pesak atas dan pesak bawah. Pesak atas sama dengan kurung pesak gantung tapi pesak bawahnya lebih kembang dari pesak gantung. Pesak bawahnya juga dipotong sekali depan, belakangnya. Tidak seperti pesak gantung, pesak bawah dipotong 2 keping, bahagian hadapan dan bahagian belakang seperti kurung pesak buluh/teluk belanga. Bahagian badan baju kurung pahang ni juga sedikit kecil dibahagian bawahnya.

Tu serba sedikit penerangan mengenai perbezaan kurung pesak gantung dan kurung Pahang. Saya harap dengan penerangan ni sedikit sebanyak dapat meleraikan sedikit kekusutan dalam hal ni. Insyaallah lain kali saya akan sertakan dengan gambar berserta penerangan terperinci lagi.