Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Datang 2010


Di kesempatan nie saya nak mengucapkan selamat datang 2010. Semoga tahun nie rezeki makin bertambah dan kesihatan semakin baik. Diharap tahun nie lebih prodaktif dari tahun 2009. Apa pun jangan pandang ke belakang, hidup harus terus kedepan. Selamat meyambut tahun 2010.

Lama jugak ye...

Memula ribuan maaf pada semua yang mengikuti blog nie. Bulan nie memang sibuk sangat, sampai bengkak kaki saya dok tekan padel mesin jahit. Mana taknye lepas satu-satu baju yang mesti disiapkan. Baju orang kawin, mak pengantin, flower girl, sanak-sedara pengantin sampai le ke orang yang nak tengok pengantin. Sekarang ada le reda sikit. Kena rehat le sikit, nak redakan kesakitan kaki yangdah membengkak..aduh!.

Nak dijadikan cerita mesin jahit Singer tu meragam le pulak. Tengah duk sibuk nak mampus nie. Macam-macam jadi, orang nak cepat jadinya lambat. Dah lama jugak bersabar dengan mesin nie, ikutkan hati mau ke lantai peginye. Beli mesin nie bukannye murah tau dekat nak RM3k. Quantum 9940. Dikatakan mesin nie elok sangat. Baru beli dulu dah ada problem. Hantar ke KL untuk repair, dapat balik masih camtu jugak. Hanjeng betul mekanik Singer kat KL tu. Masa ambik dulu terang-terang dah bagitau apa yang salah, tapi dapat balik kerosakan tu masih tak dibetulkan. Tak ke hangin di buatnye. Nak wat camna pakai jugaklah, beli mahal.kan. Karang nak hantar entak berapa lama pulak nak siapnye. Ini pun dekat nak sebulan setengah baru siap. Janji setengah bulan. Sekarang nie saya memang dah tak percaya lagi jenama Singer. Mekanik dia orang tak bertauliah. Macam tak tau buat kerja. Takat tau repair mesin zaman batu je. Dapat mesin komputer dah tekejut beruk, tak tau macamana nak repair. Tulah, ingatkan nak beli mesin baru le, insyaallah kalau budget mengizinkan. Sekarang tengah tunjau-tinjau mesin Brother NV-50. Rasanye okey kut. Tak pe masa nak beli nanti kita uji pandu le dulukan. Yang pasti bukan jenama Singer. Kalau kat USA brand Singer dikenali sebagai 'reputation brand'. Sebab dah lama di pasaran. Kualiti entah ke mana. Nak harap reputasi je. Dulu mungkin elok. Zaman nenek moyang kita dulu. Sekarang nie hampeh!

Mengenai project terbaru sepanjang bulan nie. Ha...nie diantara yang sempat bergambar. Yang lain tu tak sempat nak ambik gambar. Penat sangat. Nie baju nikah tangan belon macam yang saya cakapkan dalam entri lepas. Biasanya belon nie saya gunakan kain shifon, tapi kali nie pemilik busana tak nak seksi jadi, saya guna kain satin yang di bagi. Ye jugak nak nikah kat masjid, takkan le nak seksi-seksi kan. Pengantin nie berbanga cina, jadi saya terapkan le sikit unsur-unsur gaun malam pada leher baju. Boleh jugak dia pakai untuk majlis potong kek. Manik dia tak nak banyak sangat. ikut je lah kehendak pelanggan. Dia nak pakai untuk dinner lain kali katanye. Orang yang sama ada memempah untuk seisi keluarga dia. Nak matching-matching katanya. Dari yang besar sampai ke kecik berusia 3 tahun. Nak siapkan baju diaorang nie pun dah berapa lama. Kain yang dibagi jenis kain nipis-jarang. Nak jahit pun kena hati-hati. Fesyennya berbagai. Pening jugak dibuatnye. Tapi alhamdulillah siap semuanye.





Yang nie baju bebudak. Baju maknye tak sempat nak siapkan. Mana taknye bagi kain tak cukup. Nak fesyen bagai. Mana nak teradakan. Bila kita cakap kain tak cukup, muka kerut seribu. Hairan le tu. Orang kain 20 meter pun boleh dijadikan sepasang baju je. Nakkan kain ciput. Lantak situ. Saya dok gi cari jugak kaler kain tak cukup tu, tak de le pulak habih tu tak dapek le den nak tulungnye. Tunggu dia call atau datang baru nak cakap. Baju anaknye nie bukan main lagi. Nak tangan belon. Kain lace pulak tu. Bagi kain tak cukup jugak. Bagai nak pecah kepala memikirkan macam mana nak cukupkan jugak. Bila dah siap ha..nak murah le pulak. Sabo je lah. Siap tawar -menawar bagai.... tak tau le manusia. lepas nie saya bertekat tak nak buat baju dia nie lagi. Dulu pernah tolak baju dia, tapi lepas tu datang merayu balik tempat lain tak nak buat baju fesyen katanye, Sebenarnya ada, cuma harganye je tak seperti yang dia nak. Sebab kesian kita bagi le peluang dengan syarat harga kena ikut harga saya. Tapi bila dah melebeh nie sori sis. Kita kena ikut harga dia pulak. Serik. Kita menyiapkan baju dia susah sebab fesyen bagai, tu nak murah pulak. Tak berbaloi! Dia ingat kalau baju budak tu murah sebab kecil tapi yang sebenarnya baju budak le susah nak buat sebab kecil, tambahan nak fesyen itu ini.



Ini baju kakak ipar saya Shiela. Kain nie sebenarnya dah lama jugak dia bagi kat saya untuk dijahit tapi, maklumlah sibuknye teramat. Maka tertangguh le. Kesian dia tapi, apa pun alhamdilullah berjaya jugak saya menyiapkannye. Baju ni diadaptasi dari koleksi busana Hatta Dolmat. Tapi saya buatkan tangannye stail belon bagi matching dengan pleat kat bahagian dada. Teknik pleating sama digunakan untuk bahagian tangan. Yang bezanya, bahagian tangan dilepaskan tapi, bahagian dada dijahit terus. Diserikan lagi dengan sulaman manik dan kristal merah di bahagian dada. Mahal jugak kristal tu, bukannye batu akrilik tau. Kristal betul tu. Kat pangkal lengan tu saya sulam manikkan menggunakan teknik crumble Kak Pepari, guna manik mutiara campur manik biasa. Kain potongan duyung, potong 7 seperti biasa untuk keselesaan.

Khamis, 26 November 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Haji


Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut hari raya haji kepada semua rakyat malaysia amnya dan kepada semua yang membaca blog saya khususnya. Semoga apa saja yang kita lakukan diberkati allah. Amin. Kalau balik kampung tu berhati-hati dijalan raya.

Rabu, 25 November 2009

Project Runway Season 6 Winner

Minggu lepas telah ditayangkan project runway musim ke-6. Bagi sesiapa yang mengikuti program realiti nie tentu dah tahu siapa yang menang. Secara peribadinya saya bersetuju dengan pilihan juri walaupun Irina agak belagak sombong sepanjang musim. Dia mungkin ada sebab tersendiri. Namun koleksi busana yang diperagakan oleh Althea Harper dan Carol Hanna tidak kurang hebatnya. Althea yang mempertaruhkan koleksi busana bertemakan sci-fi telah meletakkannya di tempat kedua manakala Carol Hanna berkedudukan tempat ketiga dengan koleksi busana bertemakan romantis.

Apa pun koleksi busana Irina lebih kuat dengan tema "Urban Women". Dengan gaya warrior women abad-21 koleksi Irina berasaskan warna hitam menjadi pilihan barisan juri. Kita tengok kesemua koleksi yang telah diperagakan di pentas runway.


Sabtu, 14 November 2009

Cushion Cover

Cushion cover nie saya buat bila ada masa lapang sikit. Kalau selalu ngadap baju, muntah jugak dibuatnye. Saya jahitnye guna lace yang saya beli extra memang untuk dijadikan cushion cover. Lace nampak ekslusif. Dah banyak jugak saya jual cusion cover nie, tapi kali nie saya nak cuba jual kat internet pulak. Tengok macam mana sambutannya. Tengok orang jual macam-macam kat internet, jadi tergerak pulak hati nak join sama. Mane le tau kan boleh jana duit tambahan.


Jenis fabrik saya gunakan, lace. Lace nampak mewah sangat. Kaler merun. Kaler nie memang tengah 'in' sekarang nie. Harganye cuma RM75 sepasang, tak termasuk penghantaran, saiznye 16"X 16". Saiz sandard le tu. Coshion cover nie dijahit manik penuh kat bahagian hadapannye. Jadi tak sesuai le nak buat bantal peluk. Kang ada yang cedera. Hujung empat penjurunya dihiasi tassel warna sama, menaikkan lagi keanggunannye. Memang eksklusif dan bergaya mewah!


Kalau nak jadikan hiasan penambah seri kediaman, elok sangat le sarungkan cusion anda dengan cusion cover nie dan hamparkan di sofa anda. Pasti jadi bualan tetamu yang berkunjung. Lagi pun nak Raya Haji nie kan, elok sangat le tu. Sesiapa yang berminat boleh email saya secepat mungkin sebab saya ada sepasang je. Memang saya buat sepasang setiap lace sebab nak mengekalkan kualiti jahitan maniknye. Saya tengok memang tak de orang lagi yang jual cusion cover dari fabrik lace.

Ahad, 8 November 2009

Project Runway

Project runway USA season 6 dah sampai ke kemuncaknya bila 3 orang telah dipilih ke peringkat akhir. Tahun ini ketiga-tiga peserta terdiri dari kaum wanita. Mereka telah dipilih berdasarkan keativiti dalam rekaan dan persembahan keseluruhan di pentas peragaan . Untuk tugasan terakhir, sebelum final 3 dipilih, designer diminta untuk mereka satu persalinan berinspirasikan sebuah galeri terkenal di sana iaitu Getty Center. Dalam pemerhatian saya selama menonton musim kali ini memang ketiga-tiga wanita ini paling menyerlah dari segi rekaan maupun dari segi persembahan di pentas runway.


Mereka yang telah dipilih oleh para juri ialah Althea Harper, Carol Hannah Whitfield dan Irina Shabayeva. Mereka berjaya mengetepikan pesaing lain iaitu Gordana Gehlhausen dan Christopher Straub. Barisan juri beroendapat Christopher tidak mempunyai pengalaman dan knowledge yang cukup untuk memeruskan cabaran manakala Gordana pula dikatakan identitinya tidak teserlah dalam rekaan serta tidak mempunyai keyakinan diri yang cukup. Siapa yang akan meraik kejuaran? Sama-sama kita nantikan koleksi yabg bakal dipertontonkan.

Terfikir jugak teman mana peginye juara Project Runway Malaysia? Kenapa program tu tak di teruskan. Mustahil Malaysia tidak mempunyai bakat yang cukup? Adakah barisan juri telah tersalah memilih juara? Hairan kan?

Sabtu, 7 November 2009

Kembali lagi

Pertama kali, ribuan terima kasih saya ucapkan pada semua pembaca blog nie sebab tunggu ia di up-datekan. Macam yang saya cakap dalam entry lepas saya masukkan kat sini antara projek saya yang lepas. Sebenarnya banyak lagi tapi tu yang biasa-biasa je.

Nie antara fesyen yang paling diminati masa kini. Baju kurung moden tangan ala-ala Datuk Siti. Masa raya dulu bukan main ramai yang nakkan tangan gini. Saya tengok biasanya orang buat, cuma kedutkan bahagian belon tu je. Saya lebih suka buat pleat, bagi nampak dramatik sikit. Saya gunakan kain chifon polos di bahagian belon tu bagi nampak jelas walaupun dari jauh. Kalau tak nampak penat je le teman buat 'pleat' tu kan. Yang warna merah tu saya panjangkan lining bahagian bajunya bagi nampak macam divider antara kain dan baju. Disulam ombak dan manik sekali. Kainnya saya buat 'kain potong 7', buat keselesaan empunya bergerak. Baju oren-cokelat tu lain sikit. Lebih simpel sebab kainnya lebih susah nak handle. Benangnya cepat terkeluar. Nak sulam pun payah sangat jadi, saya klimkan je. Tangan tetap belon pleat seperti yang dipinta. Bajunya fully lining, kain 'lipat batik'. Nie mamamuda punya. Saya mohon maaf banyak-banyak sebab baju nie lambat siap. Harap berpuas hati yek. Sori.


Baju nie pulak, biasa le baju sanding. Butik nie beli terus dari saya bermakna semua fabrik saya sediakan. Tuan butik cuma bagitau nak kaler ape dan fesyen ape je. Baju nie sepasang dengan persalinan lelaki termasuk kasut perempuannye. Dia nakkan lace gold kare. Jenuh jugak teman mencarinye. Las-las jumpa jugak tapi, mahal le sikit. Lebih kurang RM140 semeter. Nak pakai 3 meter. Ha..berapa dah tu. Tu baru lace, belum kain chifon dengan satinnye. Saya tanya dulu kalau dia sanggup, jawabnye ye. Baru saya proceed, kalau tak nak, tak sio teman belinye. Bajunya biasa je potongan penguin berzip belakang, cuma kainnye je yang buat tuan butik nie terpikat pada fesyen nie. Potongan penguin tu bajunye pendek kat depan dan labuh kat belakangnye. Kira tutup bahagian punggung le. Kain 2 tingkat dari fabrik chifon. Asalnya dia nak baju nie berkorset, alih-alih pelanggan dia tak nak. Malu le pulak katanye. Dia terpaksa ikut je cakap pelanggannye tu sebab orang tu ambik pakej mahal. Baju lelakinya baju sikap kain satin warna cream sama dengan baju pengantin perempuannye. Pengantin nie dah pakai pun baju nie hari Sabtu lalu. Alhamdulillah puas hati katanye.

Lepas nie ada projek baju nikah kawan adik. Dia nie kawin dengan perempuan berbangsa cina. Kalau baju nikah tu tentunya putih. Saya nak warnakan sikit dengan taburan manik kaler lembut. Tak le boring sangat. Dia nakkan fesyen tangan belon jugak. Ikut je lah. Tunggu le hasil nye ok.

Isnin, 12 Oktober 2009

Dah bersawang le...

Assalammualaikum kepada semua. Saya mintak maaf le pada semua yang mengikuti blog saya selama nie sebab dah agak lama saya tak up-date. Dah naik bersawang dah kan. Maklumlah sibuk sikit. Bulan puasa sibuk menyiapkan tempahan hari raya. Lepas raya pulak dah nak cuti sekolah jadi, tempahan baju kawin le pulak. Apa pun saya bersyukur, rezeki pemberian ilahi.

Saya tengah dok menyiapkan beberapa projek nie. Siap nanti saya akan poskan gambarnya dalam blog nie okey. Mintak maaf le sekali lagi pada yang hantar email pada saya bertanyakan blog saya. Insyaallah, lepas nie saya kembali aktif balik. Selamat Hari Raya.

SewCut

Selasa, 25 Ogos 2009

Akhirnya sampai jugak...

Hari Jumaat lepas saya ada memesan satu set rotary cutter saiz yang paling kecil 28mm dari Zila Kasim. Dia kata dia dah poskan hari Sabtu tu. Memandangkan hari Ahad cuti umum saya jangkakan ia akan sampai hari nie. Ya tepat sekali. Zila guna pos express je, murah sikit. Kediaman saya masuk dalam kelompok "Zon B" bermaksud ambik masa 2 hari baru sampai. Apa nak watkan dah itu yang ditetapkan oleh Pejabat Pos. Akur je lah. Exited sangat rasanya, tak sabar nak potong baju tempahan raya yang ada. Tajam betul. Puas hati sangat. Thanks Zila, Kalau sesiapa nak beli alat jahitan boleh le layari alamat blog dia di http://galerikraf.blogspot.com , macam -macam benda jahitan dijualnya. Tengok sendiri yek.

Sebenarnya saya dah lama guna rotary cutter nie, menggantikan gunting tapi tak sepenuhnyalah kan. Gunting masih di gunakan tapi dengan kadar minimum lah. Sebabnya rotary cutter lebih senang dan cepat nak digunakan. Potongannya pun lebih tepat. Ini kerana fabrik tak perlu diangkat macam kita nak menggunting baju. Tapi mesti ada lapik dia lah, kalau tak nak potong kat mana kan. Takkan kat meja, rosak le meja lagipun pisau tu pun akan pendek hayatnya.

Saya dah lama ada yang bersaiz sederhana 45mm. Tapi beli kat orang lain. Special edition lagi. Tu yang berbunga-bunga tu. Kalau biasa Olfa punya warna kuning. Saya beli yang kecik nie bukannya apa sebabnya kalau nak potong kat konar lipat tu payah sikit kalau guna yang besar. Kekadang tu kena guna gunting jugak. Saya nak sarankan bagi sesiapa yang suka menjahit sama ada jahit baju atau kraf, beli le satu set rotary cutter nie dengan matnya sekali le ye. Kalau satu set mini cuma RM175 kat ZilaKasim. Pekej nie termasuk ruler Omnigrid 6" x 12", Olfa rotary cutter, Olfa Cutting mat 12" x 18". Apa-apapun check out ZilaKasim Quilt Shop di http://galerikraf.blogspot.com. Hah... siap promosi lagi bisness Zila.

Seperti yang dijanjikan nie satu lagi baju sikap fabrik shantung putih. Liningnya saya gunakan kapas putih sebab fabrik nie ada ckit transperen le, lagi pun nak bagi 'body' sikit kat baju tu. Kak Elly mintak baju nie dimanikkan sekali. Saya guna manik berwarna perak. Tak le sentap sangat warnanya ya dak. Harap Kak Elly berpuas hati le kan.

Ahad, 23 Ogos 2009

"Project Runway: All-Star Challenge"

Bagi sesiapa yang mengikuti siri Project Runway tentunya dah sedia maklum musim ke enam telah pun ditayangkan pada Khamis lepas. Bagi saya yang obses dengan siri nie tak melepaskan peluang untuk menontonnya secara online. Maklumlah kalau nak tunggu ditayangkan kat sini tak tau le bila. Kat tv pun asyik-asyik ulang yang lama punya.

Walaupun lambat sikit dapat tengok tapi puas hati jugak. Mana tak lambatnya, kena tunggu orang lain upload kat internet baru le boleh tengok. Nak tunggu ikhsan orang, kena sabar sikit le. Kalau nak tengok boleh search kat YouTube. Walaupun telah bertukar stesen penyiaran dari Bravo ke Lifetime, semua format masih sama dan masih mengekalkan hos dan mentor yang sama.


Tapi kali nie sebelum musim keenam di tayangkan, siri nie dimulakan dengan pertandingan edisi special Project Runway All-star Challenge yang membariskan kembali peserta-peserta dari musim terdahulu. Kesemua peserta yang masuk dalam competition nie adalah mereka yang telah berjaya membuat pertunjukan fesyen di New York Fashion Week. Pertandingan yang di tayangkan selama 2 jam ini menawarkan hadiah sebanyak USD100,000 dan gelaran juara Praject Runway kepadapemenangnya. Kali ini designer perlu menyiapkan 'mini collection' berupa 3 persalinan termasuk busana 'red carpet' dalam tempoh 3 hari sahaja. Designer dikejutkan bila Nicole Kidman muncul dalam rakaman video memaklumkan yang designer akan mereka busana 'red carpet' untuk diperagakan ke premiere filem terbarunya Nine.


Dalam sibuk menyiapkan koleksi busana, mereka telah dikejutkan dengan satu lagi challenge...

Pada akhirnya Daniel Vosovic telah di nobatkan sebagai johan sekaligus merangkul wang tunai berserta gelaran yang diimpikannya. Daniel yang mengakhiri project runway musim ke-2 ditempat kedua ternyata menjadi pilihan para juri walaupun, bagi saya koleksi busana runner up Korto Momolu dari musim ke-5 lebih meyakinkan berbanding. Namun busana 'red carpet' rekaannya telah banyak membantu Daniel merangkul kejuaraan. Tempat kedua jatuh kepada Korto Momolu dari musim ke-5, ketiga Sweet P dari musim ke-4dan tempat keempat Chris March juga dari musim ke-4.

Satu-satunya juara Project Runway musim ke-3 Jeffrey Sebelia, telah mempersembahkan satu koleksi yang sangat mengecewakan. Begitu juga dengan Uli Herzner dan Mychael Knight dari musim ke-3. Designer kontroversi Santino Rice, dari musim ke-2 tidak kurang mengecewakan. Juri undangan kali ini merupakan icon dalam dunia rekaan fesyen dunia Diane Von Furstenberg.


Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Di sini saya nak ambik kesempat mengucapkan selamat menyambut bulan paling mulia dalam Islam, bulan Ramadhan kepada semua pengunjung blog nie. Dalam berpuasa nie kita mesti ingat, kita berpuasa semuanya, bukan setakat makan mimum jer. Kalau nak berbuka tu biarlah sederhana, jangan membazir yek.

Kalau nak ke bazar Ramadhan tu hati-hati sikit. Tu tempat terbuka dan ramai orang. Masa-masa sekarang nie kerajaan pun mintak kita berhati-hati dan jaga kebersihan diri bagi mengelakkan H1N1. Biarlah kita sihat sekeluarga sampai menjelang hari raya. Beraya bio le kat rumah bukan kat hospital ye dak.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Baju Sikap

Bulan puasa semakin menjelma, maka dah tentu ramai dok pikir tentang juadah berbuka dan tak kurang busana raya buat melaram di hari lebaran nanti. Bazar ramadhan pun akan mula terpacak di merata tempat. Menyajikan makanan yang sukar di temui pada hari biasa. Tu yang bestnye, pastinya meriah bangat. Kemeriahan tu dah mula dirasai bagi saya dengan tempahan baju-bajan yang mencurah-curah. Dari kain yang murah hingga ke ratusan hengget semeter. Dari baju kurung biasa hingga ke manik kilauan mak datin. Time nie nak buat duit pun satu hal, jangan amik tempahan banyak sangat sampai tak siap dah le kan. Nanti kalau tak siap, maut kena semburan mak datin, kan ke naya!

Okay lah dah memalut lak ha, nie antara projek saya yang terbaru. Tiga pasang baju sikap nie di hantar lama jugak, tapi naknya sebelum puasa. Jadi saya dah selesaikan. Songket semuanya. Orang sekarang nie nak pakai baju sikap balik ala-ala zaman Kesultanan Melayu Melaka dolu-dolu. Kalau dolu-dolu orang pakai baju Melayu je. Guna kain satin atau kain kapas dan kekadang kolar dijahit guna kaki kain songket, bagi nampak maching dengan sampin. Tapi sekarang nie baju sikap dah jadi trend. Pakai baju melayu kat dalam. Tampak lagi segak. Ada sesetengah orang pakai baju tak berlengan kat dalam, tapi bagi saya tak bersih le pulak kan. Mana tak nya hutan banat kat celah lengan tu gimana? Baju sikap nie bukannya elok kalau masuk mesin basuh nanti lari shapenya. Kalau dah banjir basah kat situ masa bersanding siapa nak jawab? Nanti ada water mark pulak. Nak sewa kat orang lain pun susah. Mana taknya geli-geleman tengoknya, ada peta "orang kampung" orang lain pulak. Si pengantin bukannya peduli pasal semua tu. Basuh pun tak. Dia orang tak tau malu bagi orang hidu bau semulajadi diaorang. Kekadang memang "lebih asam" bukannya kurang asam!

Sekarang nie songket dah kembali bertahta, walaupun bukan songket tenun Terengganu. Songket Terengganu mahal sangat. kalau sekeping tu boleh dapat 3-4 keping songket biasa dari Pakistan mau pun India. Bagi pengusaha butik pengantin ini lebih praktikal.

Lepas nie ada satu lagi baju sikap, tapi kain shantung putih. Kali nie bermanik sekali. Nampak berseri sikit. Lepas tu baru projek baju raya bermula. Semua tempahan dah pun penuh. Tahun nie saya tak nak ambik banyak sangat sebab nak jahitkan baju anak-anak sedara sekeluarga. Lagi pun nak rehat le sikit. Siap baju sikap shantung putih tu nanti saya cita lagi. Lagi satu dalam kemeriahan menyambut bulan yang mulia nie jangan lupa keselamatan kesihatan dalam membenteras H1N1. Cam nak nak gi bazar ramadhan yek... selamat ke???

Jumaat, 31 Julai 2009

Untuk MakTeh

Sorry bebanyak ye... dak agak lama tak tulis entri. Maklum le dah nak masuk bulan pose nie sibuk sikit le. Dah nak bersawang dah sesawang saya nie. Nak menyiapkan tempahan yang ade. Masuk bulan pose nanti tak le banyak sangat keje yang nak dibuat. Tak yak le nak rushing sangat. Banyak keje yang dah selesai. Tunggu duit mashyuk je he...he..

Entri nie khas buat Mak Teh. Hari tu Mak Teh ada mintak saya tunjukkan cammana nak pakai mesin jahit comel tu. Sory le Mak Teh sebab agak lambat buat demo nie. Harap Mak Teh puas hati dengan penerangan panjang lebar dari saya nie yek. Orang lain yang nak tahu cammana agaknya mesin nie berfungsi pun boleh dapat manafaat okey. Lain kali kalau dah beli mesin jahit comel nie dan dah terlupa gimana nak gunakannya boleh rujuk kat sini yek.

Mula-mula saya tunjukkan camna nak masukkan benang pada mesin nie. Saya gunakan bobbin je. Mesin nie boleh gunakan benang biasa yang kecik pendek yang biasa tu tak leh, panjang sangat. Carik yang pendek, kebiasanya jenama Kucing atau Kerbau. Cucuk kat tepi mesin. Dari bobbin atau skoci, masukkan benang ke lubang plastik macam yang di tunjukkan. Tarik benang tu panjang sikit.




Tarik benang ke tension, lilitkan sekali. Tension nie boleh di laras jugak mengikut jenis kain yang nak di jahit. Tu yang hebatnya mesin comel nie. Cuma pulas skrew tu je untuk ketat atau longgar.






Masukkan benang ke lubang jarum. Hati-hati sikit. Nak senang lagi gunakan threader yang disertakan. Kalau tak de beli kat kedai atau pakai je penyepit. Ala benda alah seutas dawai yang selalu orang rabun pakai untuk masukkan benang kat jarum tu.

Angkat naik kaki mesin. Tarik je ke atas. Selitkan kain yang nak dijahit.











Lepas kain yang nak di jahit tu diselitkan ke mesin tadi, mulakan jahitan dengan menekan mesin macam stapler. Mudah je. Selesai jahitan klik sekali dan tarik benang kat jarum sebelum memotongnya. Keluarkan kain dan terbalikkan. Anda akan nampak jahitan macam rantai. Tarik salah satu loop rantai ke atas. Kemudian buat satu simpulan untuk mematikan jahitan. Kalau tak buat camnie jahitan tadi akan terburai balik. Jadi pastikan langkah ini dibuat. Ramai orang tak buat langkah nie. Jahitan anda selesai. Selamat mencuba!