Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat tinggal 2011 selamat datang 2012.


Pejam celik pejam celik dah nak berakhir 2011...tinggal 1 hari jer. esok dah masuk tahun baru. Kejapnyer rasanyer. Umur pun dah meningkat setahun lagi. Haiii....tu le lumrah dunia.

Tahun 2011 terlalu banyak peristiwa berlaku. Yang paling besar dan menyentap jiwa raga, pemergian bonda tercinta. Sampai sekarang pemergiannyer amat dirasai. Sedih teramat. Dari mula-mula dia jatuh sakit hingga pemergiannyer alhamdulillah kami adik-beradik berada menjaganyer. Peristiwa nie banyak mengajar saya dan adik-beradik erti kehidupan. Banyak yg kami pelajari dan tempuhi. Sekarang tiada apa yang dapat kami lakukan, cuma mendoakan kesejahteraan bonda di alam lain...moga roh bonda ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertakwa di sisi allah s.w.t. aminnnn.

Lembaran 2012 akan tiba. Banyak perancangan dah dibuat, harap semuanyer berjalan lancar, insyaallah. Tapi apa pun kita hanya merancang tuhan yang menentukan semuanya. Insyaallah saya bercadang nak buat kelas jahitan bagi sesiapa yang berminat. Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui email atau facebook saya ye.

Saya berharap tahun 2012, akan menjanjikan peluang yang lebih cerah untuk saya memajukan lagi biz saya..doakan le ye. Jadi SELAMAT TAHUN BARU 2012.