Ahad, 24 Julai 2011

Project Runway 9 kembali....

Project Runway musim ke-9 kini kembali bersiaran. Mai kita tengok 20 peserta untuk musim kali nie. Apa yang pasti musim nie akan lebih best dengan peserta yang lebih mantap! Jadi bagi peminat rancangan nie jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. Kita tengok siapa yang akan menjuarai musim kali nie.


















Rabu, 20 Julai 2011

Kek ami lagi...lagi..


Emm..lagi-lagi nie ye...tak pe lah. Kali nie lain sikit. Kek nie bukan untuk pin cushion. Tak de polly fill dalamnye. Kali nie casing untuk air freshener kereta. Nak cantik kan lagi air freshener tu. Kalau tak, tak chantek kan benda alah tu. Kiranye bukan Amigurimi le kan, sebab amigurumi nie maksudnye stuffed crochet or knitted. Nie casing jer. Yang nie saya jual RM30, termasuk pewangi tu sekali. Bekas pewangi tu plastik jadi, kalau gel dia dah habis boleh diisi semula dengan potpuri dalamnye. Jangan dibuang. Tak rugi kan. Aper lagi kalau nak boleh order. Nak kaler lain pun boleh. Cumanyer kena tunggu la sikit untuk disiapkan.

Ahad, 17 Julai 2011

Kek ami lagi...


Kali nie saya siapkan kek ami warna biru. Ala-ala macam wedding cake gitu. Kek nie lagi renyah kerjanye. Kena siapkan bunga-bunga kecik tu, jait kat kek lagi. Pulak tu bunga tu banyak lagi. Memang ambik masa lebih panjang dari kek sebelumnyer. Harganyer pun ada lebeh sikitlah. Penat jugak le nak menyiapkannyer. Boleh buat "gift door" untuk majlis kawin dan sebagainyer. Untuk VIP jer le, kalau nak bagi semua orang rabak dek! Amacam chentekk tak???

Isnin, 11 Julai 2011

Ami lagi.....


Dalam kesibukan menjahit tempahan raya ...sempat jugak saya menyiapkan tempahan amigurumi nie. Kek cokelat! Ya kek cokelat. Tapi tak leh makan le ye. Ada dua design. Yang satu tu dihiasi dengan 2 biji strawberi dan 'shell piping' atas-bawah, dan satu lagi lebih moden kotempereri dengan 3 biji buah ceri dan cokelat spiral. Agak lama jugak nak menyiapkan sebijik kek nie. Kalau bakar kek betul pun lagi cepat, boleh makan lagi. Biasa ler kalau tukang jahit, mesti gunakan benda nie untuk cucuk pin tapi , tak tau le kastemer nie nak jadikan hiasan jer kut. Apa pun saya enjoy buat kek nie. Harap kastemer tu pun happy dengan kek nie. Terima kasih kerana menempah.