Sabtu, 15 Ogos 2009

Baju Sikap

Bulan puasa semakin menjelma, maka dah tentu ramai dok pikir tentang juadah berbuka dan tak kurang busana raya buat melaram di hari lebaran nanti. Bazar ramadhan pun akan mula terpacak di merata tempat. Menyajikan makanan yang sukar di temui pada hari biasa. Tu yang bestnye, pastinya meriah bangat. Kemeriahan tu dah mula dirasai bagi saya dengan tempahan baju-bajan yang mencurah-curah. Dari kain yang murah hingga ke ratusan hengget semeter. Dari baju kurung biasa hingga ke manik kilauan mak datin. Time nie nak buat duit pun satu hal, jangan amik tempahan banyak sangat sampai tak siap dah le kan. Nanti kalau tak siap, maut kena semburan mak datin, kan ke naya!

Okay lah dah memalut lak ha, nie antara projek saya yang terbaru. Tiga pasang baju sikap nie di hantar lama jugak, tapi naknya sebelum puasa. Jadi saya dah selesaikan. Songket semuanya. Orang sekarang nie nak pakai baju sikap balik ala-ala zaman Kesultanan Melayu Melaka dolu-dolu. Kalau dolu-dolu orang pakai baju Melayu je. Guna kain satin atau kain kapas dan kekadang kolar dijahit guna kaki kain songket, bagi nampak maching dengan sampin. Tapi sekarang nie baju sikap dah jadi trend. Pakai baju melayu kat dalam. Tampak lagi segak. Ada sesetengah orang pakai baju tak berlengan kat dalam, tapi bagi saya tak bersih le pulak kan. Mana tak nya hutan banat kat celah lengan tu gimana? Baju sikap nie bukannya elok kalau masuk mesin basuh nanti lari shapenya. Kalau dah banjir basah kat situ masa bersanding siapa nak jawab? Nanti ada water mark pulak. Nak sewa kat orang lain pun susah. Mana taknya geli-geleman tengoknya, ada peta "orang kampung" orang lain pulak. Si pengantin bukannya peduli pasal semua tu. Basuh pun tak. Dia orang tak tau malu bagi orang hidu bau semulajadi diaorang. Kekadang memang "lebih asam" bukannya kurang asam!

Sekarang nie songket dah kembali bertahta, walaupun bukan songket tenun Terengganu. Songket Terengganu mahal sangat. kalau sekeping tu boleh dapat 3-4 keping songket biasa dari Pakistan mau pun India. Bagi pengusaha butik pengantin ini lebih praktikal.

Lepas nie ada satu lagi baju sikap, tapi kain shantung putih. Kali nie bermanik sekali. Nampak berseri sikit. Lepas tu baru projek baju raya bermula. Semua tempahan dah pun penuh. Tahun nie saya tak nak ambik banyak sangat sebab nak jahitkan baju anak-anak sedara sekeluarga. Lagi pun nak rehat le sikit. Siap baju sikap shantung putih tu nanti saya cita lagi. Lagi satu dalam kemeriahan menyambut bulan yang mulia nie jangan lupa keselamatan kesihatan dalam membenteras H1N1. Cam nak nak gi bazar ramadhan yek... selamat ke???

6 ulasan:

Erpha Ahdayani. berkata...

Salam...

Memang cantik dan teliti jahitan Sewcut.. Nak mintak tips boleh?
Erpha memang susah nak dapatkan jahitan kolar yang perfect fit pada lubang leher... ada tips tak? thanks!

SewCut berkata...

Tentunya boleh, Untuk mendapatkan kolar yang betul-betul fit dengan lubang leher, ukuran kolar mesti sama dan tepat dengan ukuran lubang leher. Untuk menyenangkan jahitan buat potongan sikit (snap) pada keliling lubang leher(jangan sampai pada basi jahitan). Ini akan memudahkan lubang leher tadi di lentur mengikut kolar. Susah jugak nak terangkan tanpa diagram. Takpa nanti Erpha boleh kirimkan alamat rumah pada saya, nanti saya poskan salinan fotostat dari buku rujukan saya..lagi senang kan!

Erpha Ahdayani. berkata...

Tq tq! btw boleh tak sewcut bagi alamat emel?

SewCut berkata...

erpha bole email saya kat azmirapandi@hotmail.com. Kalau boleh sebelum puasa. Thanks

4K1DF41RU5 berkata...

Salam
Saya masih confuse nak buat pola baju sikap ni..boleh tolong saya x?Buat masa sekarang ni saya gunakan pola baju melayu moden..

Nazifa Mazni berkata...

Kat mana ya nak belajar buat baju sikap ni l, tau tak if ada yg bhat kelas?