Khamis, 26 Februari 2009

Projek Lama Untuk Tatapan

Ini saja saya sajikan antara projek yang dah lama saya buat. Semuanya dah diambil oleh tuan empunya masing-masing. Sebenarnye banyak lagi projeknya tapi, tak tahu mana peginya gambar tu menghilang.

Projek songket ungu nie dah agak lama jugak siapnya. Nak menyiapkanya pun tergopoh-gopoh. Tiba-tiba je nak cepat. Rasanya kalau tak silap saya Kurang dari seminggu dapat disiapkan keseluruhannya.Tak tidur dibuatnya. Bayangkan le sampai bengkak kaki . Apa pun berbaloi jugak sebab ongkosnya lumayan dan yang paling penting, pelangan tu puas hati sesangat. Terbalas rasanya penat lelah kita bila dapat pujian-pujian gitu.

Yang ini baju ala 'Bandung'. Alah yang labuh kat belakangnya macam ekor tu. Fesyen ni antara di gemari dik pelanggan hingga ke hari nie. Nak buatnya teknikal sikit. Bagi yang biasa tak ada masalah. Tapi bagi saya baju ni kurang praktikal sikitlah, sebabnya susah nak diubah-suai, memandangkan bentuk bajunya gitu. Pelanggan tu nak manik yang menyerlah. Saya jahit dengan warna merah. Hah..menyerlah giler kan? Kainnya biasa je berpotongan duyung yang ditampal bunga lace yang sama. Sulaman manik pun sama dengan baju.

Ini pulak baju tunang. Tuan punya bernama Ima. Orang Kedah katanya. Kerja kat salah satu butik pengantin yang selalu menempah kat saya. Dia nak baju shifon. Asalnya nak pakai dress kat dalamnya. Alasannya segan nak seksi-seksi. Tapi pengakhirannya nak korset pulak. Alasannya pulak lagi cantik..ganteng sikit. Suka hati le asalkan engkau happy dan bayarannya mashuk. Baju nie agak mencabar sebab fabriknya. Bagi saya fabrik shifon antara fabirk yang paling susah nak handle. Lembik satu, jarang lagi cepat berbulu. Tak boleh banyak pegang nanti banyak keluar bulu benangnya. Pening jugak nak menyiapkannya. Sebelum dimanikkan baju tu mesti disulam. Baru dimanikkan atas sulaman tu. Hasilnya manik tu taklah melendut ke bawah. Sebab ada sokongan dari sulaman tadi. Satu lagi menyenangkan kerja. Dah siap baju tu dia pun puas hati sangat-sangat. Ima selamat diijab-kahabulkan tahu lepas alhamdulillah. Semoga kekal ke akhir hayat..amin. Tapi majlis kahwinnya saya tak dapat pegi sebab jauh sangat kat Kedah tu. Sekarang nie dia tak lagi kerja kat butik pengantin tu. Dah menetap kat Kedah disamping suami dan anak tercinta.



0 ulasan: