Selasa, 5 Mei 2009

Baju Hijau Siap

Akhirnya siap jugak baju hijau nie. Kena tunggu lama sikit sebab kena tunggu kain satinnya sampai. Warna maniknya tetap warna pink campur dengan warna hijau lumut. Dah siap nie harap Kak Nurul Zai nie puas hati. Pelanggan dia nie besar orangnya. Dia tempah baju nie ikut saiz badan pelanggan tu sendiri, jadi harganya pun tambah sikit le. Dah besar bajunya, kerja pun bertambah jadi kosnya pun bertambah le. Korsetnya pun besar. Jangan tertipu dengan gambar sebelah ni. Baju nie dah di cekik (di pin) bahagian belakangnya, bagi muat ikut bentuk dress form. Tu yang nampak elok je bajunya. Nak bergambar le katakan. Kat majalah pun dia orang buat benda yang sama. Tu yang nampah cantuk tu. Sama jugak dengan korsetnya, dah di ubah suai mengikut dress form. Lepas tu jahit balik ikut saiz sebenarnya.



Kebaya nie sengaja direka labuh bersesuaian dengan bentuk badan pelanggan Kak Nurul Zai nie. Dia nie tinggi jugak orangnya. Sebab asalnya pun kan dia nak jubah lepas tu entah macam mana dia ubah fikiran nak kebaya pulak. Nak nampak slim kut? Bajunya dah diambil dulu sebab pelanggannya nak tengok katanya. Kainnya lambat sikit, so baju dah lesap dulu termasuk korsetnya, tak nyempat-nyempat. Nak jugak, baju pun jadi, tak de kain pun tak pe. Hai tu le.. perangai orang.. macam-macam. Mula-mula Kak Nurul Zai kata nampak kecil bajunya tapi bila pelanggan tu pakai cantik je. Cuak juga bila dia kata baju tu kecil. Tu lah saya cakap biar pelanggan tu pakai dulu. Bila dia dah pakai ha.. alhamdulillah. Suka sangat pelanggan tu. Tak sabar nak bersanding katanya.


Baju lelakinya dibuat macam baju sikap. Baju ala-ala kesultanan Melayu Melaka dedulu. Pakai baju sikap diluar, dalam baju melayu. Saya tak berapa pandai sangat nak jahit baju lelaki, terutama tailored jacket. Construction dalamnya agak rumit. Saya buat yang simple je. Cuma saya tekankan pada cutting je. Lagi pun baju nie nak selalu di ubah-suai untuk kesesuaian badan orang yang nak memakainya. Bukan seorang je yang nak pakainya kan? Kalau nak buat tailored jacket tu, mana boleh di ubah suai dah, kalau dah jahit tu cam tu je lah jadinya. Ini jahit basinya terpaksa di besarkan sampai 2 inchi. Ingatkan nak sulam manik kat bahagianhdepan baju nie, tapi dah si Kak Nurul Zai tu tak nak pulak. Nak hantar sulam pulak katanya. Saya hairan pulak macam mana nak sulam kalau baju tu dah siap. Kalau nak masuk pemidang tu boleh rosak baju tu rasanya. Entahlah. Suka hati dia le. Asalkan dia happy. Saya dah cakap orang sekarang pun ramai yang dah buat sulam manik pada baju sikap tu. Cantik jugak saya tengok. Dia tak pernah nampak kot.

Lepas nie projek seterusnya baju songket ungu pulak. Nak buat kebaya kota baharu. Lelakinya jacket berbutang depan, berkolar nehru. Orang yang nak pakai baju nie pun besar saiznya. Songket nie senang sikit nak di potong mau pun di jahit, walaupun kena lining sepenuhnya. Sebabnya kainnye keras. Tunggu le hasilnya yek. Sekarang tengah jahit baju kurung pelanggan biasa. So kalau lambat sikit tu faham-faham le yek. Ada kerja lain. Baju nie pun nak pakai bulan 6 nanti.