Selasa, 26 Januari 2010

Project Runway S7 E2

Hari Jumaat lalu episod ke 2 project runway musim ke 7 ke udara. Seperti biasa le kena tengok kat internet. Kalau nak tunggu tv sini, entah bila baru nak di siarkan. Balik-balik siarkan season yang lama.


Episod kali ini bermula dengan pertemuan designer dengan Tim Gunn di sebuah ladang kentang bersama model-model di belakangnye yang mengenakan satu busana yang "cantik sangat"....GUNI KENTANG!!!

Bedasarkan pepatah "She's so pretty she would look good in a sack," designers akan menyiapkan satu persalinan cocktail berasaskan guni kentang ini sebagai fabrik utama. Kali nie model-model bertindak sebagai pelanggan yang mana mereka memilih sendiri designer yang mereka mahukan. Sesudah semua episod drama nie Tim mengumumkan mereka dibenarkan menggunakan apa saja triming yang telah disediakan. Tapi mereka harus menitik-beratkan guni kentang ini adalah bahan utama dalam menghasilkan busana mereka nanti.

Kebanyakkan designers kali ini memilih untuk mewarnakan guni kentang mereka bagi menaikkan lagi seri guni tu. Kebanyakkannya mewarnakan dengan warna merah dan hitam. Hasilnya tak kurang menariknye. Kita sorotkan kembali busana yang diperagakan di pentas peragaan hari tu.


Anthony dan Ben memilih warna merah untuk busana rekaan mereka kali ini. Anthony merekaan satu gaun cocktail strapless dengan drape skirt yang sangat menawan. Begitu juga dengan Ben, cuma dia memilih untuk mereka bahagian skirt kembang dan sedikit drape shoulder dibahagian bahu. Jonathan pula menambah lace triming dalam rekaannya bagi mewujudkan elimen mewah.

Empat designners nie kira okey je lah. Rekaan Maya nampak okey tapi tak jadi seperti yang di ingininye. Seth Aaron punye rekaan dengan hud kepalanye nampak kurang merarik dengan skirt yang dihasilkan. Jahitannye nampak kurang kemas dan kain guni tu akan nampak lagi menarik kalau diwarnakan. Rekaan Jeneane Marie dan Anna pulak nampak biasa dan dah ada di pasaran. Tak ade apa yang istimewanye.



Dress
Emilio juga nampak menarik dengan geometik patching di bahagian depan dress. Mungkin ini identiti designer nie. Sebab ini kali kedua dia menggunakan teknik ini. Dengan menggunakan teknik yang sama dia telah diistiharkan juara oleh para juri dalam challenge sebelumnye. Tapi harus di ingat semua designers tidak akan tahan lama dalam rancangan nie, jika mereka terus memperagakan hasil rekaan dengan teknik yang sama dalam setiap rekaan mereka. Kalau asyik-asyik benda yang sama je sapa tak boring kan. Rekaan Jesse pulak nampak sedikit slopy dari segi constructionnye. Nampak sedikit boring tapi, rekaannye agak berlainan dari designers yang lain sebab dia memilih untuk mereka seluar dan jacket.


Rekan Mila dipilih antara top3 kali ini. Dia menampilkan rekaan yang sangat menarik dari segi design maupun warna yang dipilih. Tapi juri ada sikit keraguan sebab dadi sedikit gap di bahagina dada. Heidi terus mempertahankan rekan Mila. Nina berpendapat rekan Mila sangat menarik dan nampak mahal. Begitu juga dengan rekan Amy. Rekaannya cute sangat. Juri berpendapat rekaan Amy sangat menarik walaupun jelas nampak yang matirialnya berasaskan guni kentang! Dia menggunakan teknik Dip Dye pada hujung skirtnya. Nampak cute sanagatkan. Jay Nicolas telah di istiharkan sebagai juara sekali gus mendapat imuniti bagi cabaran seterusnya. Jay yang tampil dengan rekaan yang sangat elegent menambat hari juri. Rekaannye nampak mahal dan mewah.

Kalau ada top 3 mesti ada bottom 3. Bottom 3 kali ini milik Jesus. Ping dan Pamela. Jesus melakukan satu kesilapan yang besar dimana dia telah menutup sepenuhnya kain guni nie dengan reben. Walau pun telah ditegur oleh Tim selaku mentor, dia tetap meneruskan rekaannya. Akibatnye hah..bottom 3 engko. Rekaan Ping pulak...azab bebeno! Rekaan yang sangat buruk. Dah le punggung model terjungket keluar sebab skirtnye pendek sangat ladi di belahkan. Apa le bebal punya designer. Saya ingatkan dia akan terkeluar tapi tak. Hairan!! Mungkin juri nak tengok bahagian lain pulak yang terkeluar akan datang! man nak tau kan. Yang tersingkir Pamela. Rekaannya biasa saja walaupun nampak besar tapi teknik mewarnanye sangat cantik...meletop! Dia berjaya menghasilkan warna seakan kain denim. Hebat jugak kan. Bagi saya Pamela layak untuk terus berada dalam pertandingan nie. Ping yang harus keluar!! Alasan Ping tidak memahami kehendah challange tidak boleh diterima sama sekali. Dia menggunakan status bangsa dia. Ada ke logik. kalau tak faham kenapa masuk bertanding. Drama...drama...drama.

0 ulasan: