Rabu, 17 Februari 2010

Project Runway S7 Ep5: Cover Girl

Semua designer berkumpul di bangunan Hearst yang sangat mengagumkan. Reka bentuk bangunan nie menarik sangat. Kat situ Tim sedang menunggu bersama Joanna Coles, editor-in-chief of Marie Claire. Mereka mengumumkan challange kali ni di mana designer diminta untuk mereka satu persalinan bagi kulit hadapan majalah Marie Claire. Baju tu akan dipakai oleh Heidi Klum dalam cover majalah keluaran April nanti. Menurut Tim ini merupakan cabaran terbesar dalam sejarah project runway. Oleh sebab tu imuniti tak akan di berikan pada pemenang kali ni. Joanna Coles memberitahu beberapa guide line pada designer apa yang harus dan tidak dalam mereka outfit untuk cover. Warna adalah faktor yang paling penting. Warna-warna yang terlalu terang tidak sesuai, ini kerana pembaca tak akan tertarik untuk mengambil majalah. Printed fabrik pulak tidak sesuai karana pembaca akan susah nak baca head word. Jom kita ke runway.


Bagi saya baju rekaan Amy nie very interesting. Dia sorang je yang guna printed fabrik. Hem line yang tak sama menambahkan keunikkan dress nie. Walaupun dress nie nampak cantik dan menarik, ia tak sesuai untuk dijadikan penghias kulit majalah. Terlalu banyak colour. Kalau banyak warna pada fabrik tulisan pada kulit majalah susah untuk dibaca. Joanna dah bagi tau semua nie. Tapi apa pun dress dia memang yang menarik perhatian saya.



Mila berkedudukkan bottom 3 kali nie. Akibat terkalu angkuh dan over confident Mila telah mereka outfit yang sangat dull dan tak menarik. Menurut dia identiti rekaannya ialah colour block. Mungkin sebelum nie paduan warna colour blocknye menjadi tapi tidak kali nie. Semuanye tak kena dengan rekaan Mila kali nie. Dia yang kelihatan terkejut masa juri bagi komen terkelu je. Tak tau apa nak cakap. Jahitan dia pun tak kemas terutama pada colour block yang dibanggakan tu.




Janeane sorang lagi berkedukkan bottom 2. Dia cuba meyakinkan juri yang rekaan dia kali ie berinspirasikan ocean. Namun tak menjadi. Joanna komen rekaan Janeane macam berinspirasikan poluted ocean. Ouch...bisenye. Menurut Micheal selaku juri terlalu banyak detail dia letakkan pada outfitnye. Too massey. Dia perlu tahu apa yang perlu dan tidak dalam mereka satu-satu outfit.





Anna you're out! Itulah ungkapan yang paling di takuti oleh designer. Tapi ape nak wat dah tiba mase dia. Rekaan dia kali nie memang langsung tak menarik. Tapi tak le borok sangat. Ade ke outfit gitu nak dibagi kat Heidi pakai. Ada ka! Walau macammana pun ketelitian jahitannya memang kemas. Rekaan dia kali nie macam untuk orang nak gi ke mall untuk shopping je, bukannye untuk cover majalah!








Anthony
di pilih sebagai pemenang kali nie. Outfit rekaan dia memang out standing kali nie. Pemilihan yang menarik. Shoulder detail dia sangat menarik. Walaupun mula=mula dia meragui rekaan dia tapi tengok le hasilnye. Syabas!! Selaku pemenang rekakan dia bakal keluar dalam kulit majalah Marie Claire bulan April nanti.

0 ulasan: