Isnin, 3 Januari 2011

Tutorial Mata Lalat/Karipap Bermanik Versi 1

Dah lama nak buat tutorial tapi tak de masa, hari nie buat jugak sebab ramai Geng Jahit kat Facebook nak saya buat. Jadi ni kiranye tutorial saya yang pertama dan harap bukan yang terakhir.

Nie mata lalat atau sesetengah orang panggil karipap yang diselang-selikan dengan manik mutiara. Mungkin ada yang dah tahu buat tapi tak kurang yang masih tak tahu. Benda nie dah lama jugak dah. Saya dah mula buat kira-kira 2-3 tahun lepas. Bagi saya masa yang diambil untuk menyiapkannye lebih cepat berbanding buat mata lalat sahaja. Sebabnya ia diselang-selikan dengan mutiara manik.


Alatan yang di perlukan untuk buat mata lalat/karipap. Jarum yang sesuai, manik mutiara yang sesuai, benang sulam bertona kelihatan untuk lebih menarik.



Kebiasaannye mulakan dengan satu biji mata lalat/karipap yang dah siap.
Masukkan sebiji manik mutiara ke benang.
Sematkan hingga ke hujung mata lalat /karipap yang telah dibuat tadi.

Cucukkan jarum ke kain dengan menjarakkannya sedikit. Jarak jahitan ini ditentukan dengan bersarnya manik mutiara yang digunakan.
Rapatkan jarum ke kain supaya jarum berada dalam keadaan tegak keatas. Dengan menggunakan dua jari regangkan benang untuk memulakan simpulan.
Mulakan proses simpulan dengan membuat satu loop.


Lilitkan loop tadi ke jarum. Turunkan benang ke bawah dengan menarik benang perlahan-lahan. Kemaskan simpulan dengan jari.
Ulang kembali proses tadi dan kemaskan untuk setiap kali simpulan dibuat.

Jumlah simpulan adalah mengikut kesukaan. Biasanya saya buat 6 kali simpulan.
Selepas semua simpulan sempurna pegang rapat dengan kemas simpulan tadi.
Tarik benang perlahan-lahan sambil memegang kemas simpulan.
Satu mata lalat/karipap yang sempurna terbentuk dengan manik mutiara bersebelahannya.

Ini bahagian yang agak sukar iaitu bahagian "V". Sama seperti tadi mulakan dengan memasukkan manik mutiara hingga ke hujung sebiji mata lalat/karipap. Kemaskan.
Cucuk jarum ke bahagian tengah "V" tad
i. Pastikan ia dicucuk betu-betul di tengah.
Tarik benang terus ke bahagian dalam baju. Tarik benang hingga habis.


Cucuk jarum kebahagian tengah semula tetapi bukan pada tempat yang sama.
Tarik Benang hingga habis. Kemaskan dan ketatkan.
Cucuk jarum ke dalam lubang manik mutiar
a tadi.


Tarik benang perlahan-lahan. Ketatkan.
Cucuk jarum ke bahagian sebelah kanan manik mutiara tadi bagi memulakan semula proses simpulan, dengan jarak sama di bahagian sebelah kiri.
Mulakan proses simpulan sama seperti tadi. Buat seperti yang lain tadi hingga selesai.


Inilah bila kerje menyimpul mata lalat/karipap yang diselang-selikan dengan manik mutiara selesai. Mudah bukan. Jadi selamat mencuba!

7 ulasan:

Kak Ngah berkata...

Assalamualaikumwarahmatullah....
Amboi.... cantiknya jari...eh, cantiknya bila sulam dengan manik....tq yer sew, ikhlas mencurahkan ilmu....

MamaDaniel berkata...

Salam... thanks for sharign the tutorial.. dah lama mencari.. mak saya pernah jahitkan untuk saya, tapi mak saya tak sure caranyer yang btol.. tq ek..

MamaDaniel berkata...

Benang sulam tu bleh ganti benang kait yang halus tak?

SewCut berkata...

Mama boleh cuba guna benang tu. Saya tak pernah guna pulak benang kait. Terima kasih kembali sebab berkunjung ke blog saya.

Shida berkata...

terima kasih kerana bg tutoril ani.. sy berminat sangat nak jahit manik simple2 pada baju saya.. terima kasih sekali lagi

Kak Nik berkata...

amboi you pandai macam2..i pun minat gak

noor hana berkata...

Sew Cut cantikla jahitan ni baru first time tengok di sulami dengan manik maveleous gitu...nak tanya sikit benang tu pakai jenis apa yg dwi colour tu teringin pulak nak buat cengitu...