Isnin, 11 Julai 2011

Ami lagi.....


Dalam kesibukan menjahit tempahan raya ...sempat jugak saya menyiapkan tempahan amigurumi nie. Kek cokelat! Ya kek cokelat. Tapi tak leh makan le ye. Ada dua design. Yang satu tu dihiasi dengan 2 biji strawberi dan 'shell piping' atas-bawah, dan satu lagi lebih moden kotempereri dengan 3 biji buah ceri dan cokelat spiral. Agak lama jugak nak menyiapkan sebijik kek nie. Kalau bakar kek betul pun lagi cepat, boleh makan lagi. Biasa ler kalau tukang jahit, mesti gunakan benda nie untuk cucuk pin tapi , tak tau le kastemer nie nak jadikan hiasan jer kut. Apa pun saya enjoy buat kek nie. Harap kastemer tu pun happy dengan kek nie. Terima kasih kerana menempah.

4 ulasan:

Kyra berkata...

comelnya..

SewCut berkata...

Tima Kasih Kyra.

❤ inscollection ® berkata...

comey2....jual ke..? brapa rm..?

SewCut berkata...

inscollection~ memang saya terima tempahan untuk kek nie.