Hari Jumaat lalu episod ke 2 project runway musim ke 7 ke udara. Seperti biasa le kena tengok kat internet. Kalau nak tunggu tv sini, entah bila baru nak di siarkan. Balik-balik siarkan season yang lama.
Episod kali ini bermula dengan pertemuan designer dengan Tim Gunn di sebuah ladang kentang bersama model-model di belakangnye yang mengenakan satu busana yang "cantik sangat"....GUNI KENTANG!!!

Bedasarkan pepatah "She's so pretty she would look good in a sack," designers akan menyiapkan satu persalinan cocktail berasaskan guni kentang ini sebagai fabrik utama. Kali nie model-model bertindak sebagai pelanggan yang mana mereka memilih sendiri designer yang mereka mahukan. Sesudah semua episod drama nie Tim mengumumkan mereka dibenarkan menggunakan apa saja triming yang telah disediakan. Tapi mereka harus menitik-beratkan guni kentang ini adalah bahan utama dalam menghasilkan busana mereka nanti.
Kebanyakkan designers kali ini memilih untuk mewarnakan guni kentang mereka bagi menaikkan lagi seri guni tu. Kebanyakkannya mewarnakan dengan warna merah dan hitam. Hasilnya tak kurang menariknye. Kita sorotkan kembali busana yang diperagakan di pentas peragaan hari tu.


Empat designners nie kira okey je lah. Rekaan Maya nampak okey tapi tak jadi seperti yang di ingininye. Seth Aaron punye rekaan dengan hud kepalanye nampak kurang merarik dengan skirt yang dihasilkan. Jahitannye nampak kurang kemas dan kain guni tu akan nampak lagi menarik kalau diwarnakan. Rekaan Jeneane Marie dan Anna pulak nampak biasa dan dah ada di pasaran. Tak ade apa yang istimewanye.

Dress Emilio juga nampak menarik dengan geometik patching di bahagian depan dress. Mungkin ini identiti designer nie. Sebab ini kali kedua dia menggunakan teknik ini. Dengan menggunakan teknik yang sama dia telah diistiharkan juara oleh para juri dalam challenge sebelumnye. Tapi harus di ingat semua designers tidak akan tahan lama dalam rancangan nie, jika mereka terus memperagakan hasil rekaan dengan teknik yang sama dalam setiap rekaan mereka. Kalau asyik-asyik benda yang sama je sapa tak boring kan. Rekaan Jesse pulak nampak sedikit slopy dari segi constructionnye. Nampak sedikit boring tapi, rekaannye agak berlainan dari designers yang lain sebab dia memilih untuk mereka seluar dan jacket.
Rekan Mila dipilih antara top3 kali ini. Dia menampilkan rekaan yang sangat menarik dari segi design maupun





