Mula-mula saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua participant yang menyertai giveaway saya. Tak sangka pulak ramai yang menyertainya. Walau bagaimana pun hanya 20 orang yang akan menerima giveaway dari saya. Pemilihan dibuat menggunakan Random.org. Jyaallah anda boleh cuba lagi dalam giveaway saya yang akan datang. Sekali lagi saya nak ucapadi semuanya kira nasib. Kira macam cabutan bertuah. Yang tak berjaya saya mintak maaf. Inskan terima kasih pada semua yang menyertai giveaway pertama saya nie.
Nie dia senarai penerima giveaway dari saya. Semak kalau ada nama anda tersenarai.
*setakat hanya 2 orang yang masih belum memberi alamat pada saya.
Selasa, 29 Mac 2011
List penerima "My First Giveaway"
Email saya kembali dalam tempoh masa 14 hari dengan menyertakan alamat anda untuk proses penghantaran giveaway. Terima kasih dan taniah dari saya.
Isnin, 28 Mac 2011
Crochet Lagi...
Entah tak tau kenapa sejak dua menjak nie saya asyik suka bercrochet. Padahal dah lebih sepuluh tahun tinggalkan dunia crochet. Tetiba je semangat tu mai balik. Asal ada je masa terluang pasti jarum crochet dicapai. Mungkin sebab crochet sekarang nie tak macam dulu. Kalau dulu seni crochet lebih pada pada doilies, table runner, bed spread dan seangkatan dengannya, sekarang nie macam-macam boleh diadaptasi dari crochet. Antaranya amigurumi macam giveaway saya tu. Yang terbaru yang saya baru je discovered, walaupun dah berzaman bertapak kat dunia crochet nie, tapestry crochet. Meletops sangat hasilnya. La nie masih tak popular, jangankan kata kat Malaysia kat seantero dunia sekali pun. cabang seni crochet nie ala-ala jer. Mungkin sebab peroses menghasilkannya agak rumit. Info pasal seni cabang crochet nie pun ala-ala kurang, payah nak cari. Yang sibuk cuba mempopularkannya si Carol Ventura tu je. Kesian dia. Kalau tak de dia mungkin seni ni mati takat tu je le. Lagi takkan ramai yang tahu.


Cassing nie boleh jugak dijadikan handphone case. Cuma diubah dari segi panjag dan lebarnya je untuk disesuaikan pada model handphone tertentu. Motif design boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti. Insyaallah saya akan cuba buat banyak lagi motifnya pada masa akan datang. Berminat? Boleh pm saya kat facebook atau email je.
Ahad, 13 Mac 2011
My First Giveaway! - CLOSED
Dah sekian lama blog saya wujud dalam alam maya nie, tapi nie le kali pertama saya buat giveaway untuk semua orang yang mengikuti blog SewandCut.


Giveaway nie terhad pada 20 orang je sebab ada 2o ketul je. Tak boleh nak pilih le nak buah/sayur apa ye. Random je. Nak menyertainya senang je, anda hanya perlu masukkan posting nie ke blog masing-masing. Lepas tu tinggalkan komen kat saya untuk saya track balik blog anda. Mudah kan. Jadi apa lagi, sertailah giveaway nie sekarang.
Penyertaan nie akan bermula pada 14th March dan berakhir pada 28th March 2011. Senaraikan nama siapa yang terpilih akan dipaparkan pada 29hb Mac dan pemilihan nie akan dibuat secara rawak. Tiada pilih kasih....sorry ye. Selamat mencuba. Terima Kasih.
Dicatat oleh SewCut di 4:34 PTG 112 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)