Isnin, 28 Mac 2011

Crochet Lagi...

Entah tak tau kenapa sejak dua menjak nie saya asyik suka bercrochet. Padahal dah lebih sepuluh tahun tinggalkan dunia crochet. Tetiba je semangat tu mai balik. Asal ada je masa terluang pasti jarum crochet dicapai. Mungkin sebab crochet sekarang nie tak macam dulu. Kalau dulu seni crochet lebih pada pada doilies, table runner, bed spread dan seangkatan dengannya, sekarang nie macam-macam boleh diadaptasi dari crochet. Antaranya amigurumi macam giveaway saya tu. Yang terbaru yang saya baru je discovered, walaupun dah berzaman bertapak kat dunia crochet nie, tapestry crochet. Meletops sangat hasilnya. La nie masih tak popular, jangankan kata kat Malaysia kat seantero dunia sekali pun. cabang seni crochet nie ala-ala jer. Mungkin sebab peroses menghasilkannya agak rumit. Info pasal seni cabang crochet nie pun ala-ala kurang, payah nak cari. Yang sibuk cuba mempopularkannya si Carol Ventura tu je. Kesian dia. Kalau tak de dia mungkin seni ni mati takat tu je le. Lagi takkan ramai yang tahu.


Nie percubaan pertama saya buat tapestry crochet. Tapi yang nie dah saya ubah sikit tekniknya crochetnya. Designnya pun saya buat sendiri. Saya ubah teknik crochetnya sebab saya nak nampak effect knit. Beza hasil crochet dengan knit, dengan hasil knit, biasanya ia akan sedikit elastik. Tu pasal orang ramai knit untuk buat topi atau baju. Crochet lebih tebal dan padat, sesuai untuk dibuat beg atau casing macam nie. Yang nie case untuk rotary cutter. Butangnya pun saya crochet. 2 tone warna saya gunakan di sini, warna ungu cerah sebagai base dan ungu garang sebagai motif. Dalam seni tapestry crochet, banyak warna boleh digunakan, sampai berbelas warna bagi yang betul-betul mahir. Bagi saya setakat 2 warna pun okey lah buat permulaan nie.

Cassing nie boleh jugak dijadikan handphone case. Cuma diubah dari segi panjag dan lebarnya je untuk disesuaikan pada model handphone tertentu. Motif design boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti. Insyaallah saya akan cuba buat banyak lagi motifnya pada masa akan datang. Berminat? Boleh pm saya kat facebook atau email je.

0 ulasan: